Halua Telinga

Latar Belakang Kampung Wang Tepus

Nama Dan Sejarah Tercipta Kampung Wang Tepus.

Wang di sini bukanlah bermaksud duit yang boleh dibelanjakan. Maksud wang adalah dalam bahasa siam iaitu kawasan tanah pamah yang dikelilingi oleh bukit.

Kawasan ini juga ditumbuhi oleh pokok paku pakis dan pokok-pokok balak sebelum di teroka. Di antara semua pokok dan paku pakis terdapat juga pokok tepus (sejenis spises lengkuas besar)di kawasan ini.. dan nama botani bagi pokok Tepus adalah Amomum spp.

Oleh kerana terdapat banyak pokok tepus di kawasan wang , maka setelah diteroka kemudian terus dinamakan kawasan ini wang tepus dan sehingga kini dikenali sebagai Kampung Wang Tepus..

Friday, July 10, 2009

Rahsia Perniagaan Orang Cina

Kesimpulan ringkasan drpd buku yg ditulis oleh Ann Wan Seng

a) Apabila ketekunan dirangkumi bersama-sama dengan keazaman dan diperkuatkan lagi dengan kesabaran, nescaya ia akan menjadi aset yang cukup beharga bagi sesiapa yang mahu membabitkan dirinya dalam perniagaan. Kesabaran itu memang pahit tetapi buahnya amat manis.

b) Kegagalan pertama tidak menjadikan kita lunturkan semangat. Sebaliknya membuat kita bertambah gigih . Gagal kali kedua dijadikan pengajaran. Kegagalan ketiga dilihat sebagai kebijaksanaan. Gagal yang seterusnya menguji kecekalan dan ketabahan.

c) Pelanggan perlu diberikan kebebasan dan keistimewaan daripada segi layanan serta perkhidmatan. Pelanggan baru dipikat dengan potongan harga dan kemudahan kredit.

d) Seni berniaga cukup halus dan tidak memadai dengan mempelajarinya secara teori. Berniaga perlu praktikal dan menuntut seseorang sentiasa bersikap fleksibel.

e) Peniaga perlu bersikap ringan tulang, peramah dan menjadikan pelanggan sebagai saudara ataupun paling kurang, sebagai sahabat yang rapat.

f) Sebahagian daripada keuntungan perlu disimpan bagi mengembangkan perniagaan dan menghadapi sebarang kemungkinan di luar jangka. Sebahagian lagi digunakan sebagai modal pusingan.

g) Peniaga cina mempunyai kod etika yang melarang penggunaan taktik kotor. Menjatuhkan orang lain adalah sangat dilarang dan dikutuk. Islam juga amat melarang penipuan dan dengki mendengki.

h) Wang tidak pernah dijadikan sebagai halangan. Asalkan ada kemahuan, disitu ada jalan. Yang penting, kita kena berusaha, tabah, dan tahan untuk hidup susah dahulu.

i) Peniaga tidak perlu takut dan tidak perlu kedekut mengeluarkan sedikit belanja asalkan mereka dapat menawan dan memikat pelanggan.

j) Kebanyakan usahawan Cina yang berjaya bekerja sekurang kurangnya 18 jam sehari

k) Usahawan dan peniaga tulen tidak pernah menjadikan tempat sebagai alasan untuk tidak berniaga.

l) Dalam bidang perniagaan tiada istilah sakit. Yang ada adalah bangkit dan jangan takut pada benda yang pahit.

m) Mahir ataupun tidaknya seseorang peniaga hanya dapat diketahui selepas ia berjaya mengatasi segala rintangan yang dihadapi dalam perniagaan berisiko tinggi

n) Lokasi perniagaan yang dianggap baik adalah mempunyai kemudahan meletak kereta, pengangkutan awam dan tidak jauh daripada pusat pentadbiran kerajaan.