Halua Telinga

Latar Belakang Kampung Wang Tepus

Nama Dan Sejarah Tercipta Kampung Wang Tepus.

Wang di sini bukanlah bermaksud duit yang boleh dibelanjakan. Maksud wang adalah dalam bahasa siam iaitu kawasan tanah pamah yang dikelilingi oleh bukit.

Kawasan ini juga ditumbuhi oleh pokok paku pakis dan pokok-pokok balak sebelum di teroka. Di antara semua pokok dan paku pakis terdapat juga pokok tepus (sejenis spises lengkuas besar)di kawasan ini.. dan nama botani bagi pokok Tepus adalah Amomum spp.

Oleh kerana terdapat banyak pokok tepus di kawasan wang , maka setelah diteroka kemudian terus dinamakan kawasan ini wang tepus dan sehingga kini dikenali sebagai Kampung Wang Tepus..

Thursday, September 25, 2008

Saturday, July 5, 2008

Orang Melayu Terkaya di Malaysia


Orang Melayu Terkaya di Malaysia

Kali ini saya nak berkongsi dengan anda (sememangnya anda kenal orang ini) maklumat ringkas mengenai siapa lagi kalau bukan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.
Kenapa saya ambil beliau sebagai contoh? Kerana beliau adalah orang melayu paling kaya di Malaysia, Ke 7 Keseluruhannya di Malaysia dan yang ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Rujuk Majalah Forbes)

Antara syarikat miliknya adalah MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat. Yang paling menarik perhatian saya ialah, beliau tidak menggunakan kenderaan mewah lain untuk bergerak ke tempat kerja tetapi beliau hanya menggunakan proton perdana sahaja. (Moral - sokong produk buatan Malaysia) hehehehe
Dan untuk menambahkan lagi projek sosial beliau, anda lihat lah penubuhan yayasan Al-Bukhary dimana istitusi pengajian ini mampu menampung pelajar seramai 3,000. Mereka ini terdiri dari pelajar anak-anak miskin dan susah dan mereka diberi pula biasiswa. Itu diantaranya, selain itu beliau juga menyumbang kepada pembinaan Muzium Keseniaan Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Anda lihat sendiri hati murni jutawan Malaysia nih. Jadi, tidak ada istilah “Kalau banyak duit bukan boleh dibawa mati”. Dan kenapa anda perlu ada duit? Jawapannya ada diatas.
Sedikit lagi ingin saya tambah betapa murninya hati Jutawan ini…
Bagaimana sumbangan sosialnya bermula sehinggakan beliau banyak membuat amal jariah?
Ceritanya begini..bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini…

Tan Sri .. anda adalah mentor rakyat Malaysia!

Wednesday, June 25, 2008

Sains iktiraf kaedah sembelih Islam




SEDARLAH, apa yang kita makan, minum dan guna pakai setiap hari sepanjang hidup akan mencorakkan amalan dalam budaya, moral, sosial dan akhlak hidup serta tahap iman seseorang.
Jika makan dan minum yang menjadi darah daging dalam badan kita halal dan toyyiban (baik, bersih dan selamat), fitrahnya akan baik dan tinggilah akhlak, moral dan sosial hidup sehariannya serta akan bersinarlah cahaya keimanan.
Namun, apabila apa yang masuk dan diisi ke dalam perut itu tidak bersih dan tidak selamat kerana menyalahi syarak timbullah pelbagai masalah akhlak, moral dan budaya hidup negatif sebagaimana yang banyak melanda ummah sekarang.
Allah SWT berfirman dalam mafhumnya antara lain: Hai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi mu. (al-Baqarah: 168).Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah. (al-Baqarah: 172).
Islam mensyaratkan hanya makanan (termasuk minuman) yang halal lagi toyyiban sahaja untuk dimakan oleh hamba-hamba-Nya yang beriman.Ini kerana dalam makanan kata Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Yaakob Che Man, hanya datang dari dua sumber iaitu haiwan dan tumbuhan.
Katanya, berdasar kajian sains, makanan dari sumber haiwan iaitu daging adalah bahan paling mudah dicemari bakteria negatif dan boleh merosakkan sistem tubuh badan manusia.“Berbeza dengan makanan berasaskan tumbuhan, di mana bakteria yang mencemarinya adalah dari jenis positif yang kurang memberi impak terhadap sistem dalam tubuh badan,” jelasnya.
Persoalannya, sejauh mana keprihatinan kita terhadap tahap halal dan toyyiban sumber serta cara pemerosesan daging ternakan yang dimakan? Dalam Islam, daging ternakan halal dan toyyiban (kecuali babi dan keturunannya) hanya dengan satu jalan iaitu mesti disembelih mengikut hukum syarak.Perintah suruhan menyembelih ternakan untuk dimakan termaktub dalam al-Quran yang mafhum-Nya:
Maka makanlah binatang-binatang (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayat-Nya. Mengapa kamu tidak mahu memakan (binatang-binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atas mu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya... (al-An’aam: 118-119).
Soalnya, bagaimana untuk memastikan daging sama ada segera atau siap proses yang dijual itu disembelih serta menepati rukun sembelihan mengikut syarak?Dr. Yaakob berkata, setiap individu perlu faham secara mendalam dan mengutamakan konsep serta roh halal dan haram yang ditetapkan Islam.Katanya, setiap Muslim perlu tahu hak-hak ditetapkan agama dan orang bukan Islam mesti menghormatinya.
Ini kerana kira-kira 16 juta penduduk Malaysia dan 1.8 bilion penghuni dunia adalah Muslim yang mengharapkan bekalan daging halal.Ternakan dan penghasilan daging halal tegas beliau, punya prospek perdagangan yang besar lagi luas dan konsep halal serta toyyiban penting dan telah mendapat perhatian negara pengeluar seluruh dunia.“Bagaimanapun tahap kesedaran, kefahaman dan keprihatinan yang lebih tinggi perlulah ada dan diamalkan kalangan pengguna Muslim sendiri,” ujarnya.
Beliau memberitahu demikian dalam syarahan mengenai Isu halal haram hari ini dari perspektif syarak, perdagangan dan sains pada Kursus Penyembelihan Halal 2008 kelolaan IPPH, UPM, baru-baru ini.
Kursus dua hari usahasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Sains Haiwan Fakulti Pertanian UPM itu diadakan khas untuk para pengusaha rumah sembelihan, penternak dan pemilik ladang ternakan dan individu di seluruh negara.
Program tahunan IPPH itu terhad kepada 35 peserta sahaja.Menurut Dr. Yaakob, kebaikan sistem sembelihan yang digariskan oleh Islam dalam menghasilkan daging halal lagi toyyiban untuk tubuh badan manusia telah diakui oleh hasil kajian sains.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Diagnostik dan Kepastian Kualiti Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia, Dr. Muhamad Kamarulzaman Muhamad Sharif berkata, penggunaan kaedah stunning yang dilaksanakan di rumah-rumah sembelihan komersial moden khasnya di negara Barat, terutama dalam penggunaan mekanikal kini dikaji semula, meskipun Majlis Fatwa Malaysia menghalalkannya.
Ini kerana, proses sembelihan komersial untuk perdagangan, ternakan ruminan (meragut) terutamanya perlu melalui proses stunning yang menyebabkan haiwan terkena renjatan elektrik bagi melemahkan sistem saraf sebelum memasuki proses sembelihan yang juga secara elektrikal (mekanikal stunner).Sebab itu kata beliau, sesetengah negara Barat yang prihatin dengan kebajikan haiwan telah menolak penggunaan sistem stunning yang disifatkan proses penyeksaan dan tekanan ke atas haiwan sebelum disembelih.
Menurut Dr. Muhamad Kamarulzaman, negara Barat baru sedar kesan tekanan yang ditanggung haiwan dalam proses tersebut dan pentingnya menjaga keselesaan haiwan semasa proses penyembelihan bagi menjamin daging berkualiti.
Sedangkan Islam kata beliau, sudah menggariskan konsep penyembelihan yang tidak menyeksa dan menjejaskan psikologi haiwan sembelihan lebih 14 abad lalu.Sebab itu Islam menetapkan rukun-rukun sembelihan iaitu wajib disembelih oleh orang Muslim (dengan niat semata-mata kerana Allah), mengguna pisau yang tajam (alat penyembelih), binatang yang halal dan mesti memutuskan dua urat saraf iaitu halkum (saluran pernafasan) dan marikh (saluran makanan).
Penentuan halal dan toyyiban bagaimanapun tidak hanya sekadar memenuhi rukun sembelihan tetapi turut melibatkan sumber pemakanan ternakan, peralatan sembelihan, kawasan pemerosesan, bahan pembungkusan, urusan pengangkutan dan cara penyediaan yang bebas dari sumber tidak halal.Allah telah berfirman: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah (haram juga menurut ayat ini daging yang berasal dari sembelihan yang menyebut nama Allah tetapi disebut pula nama selain Allah].
Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Baqarah: 173).Maklumat asas sembelihan dan daging halal yang toyyiban:
A: Di ladang:-
Mengguna sumber pemakanan yang halal.
B: Proses Sembelihan;
1. Haiwan berpuasa (tidak diberi makan) menjelang sembelihan.
2. Haiwan tidak tersiksa dan tertekan.
3. Haiwan disirami air dan rehat yang cukup.
4. Haiwan tidak mati sebelum disembelih.
5. Hanya Muslim sebagai penyembelih.
6. Dua urat saraf di leher - saluran pernafasan (halkum) dan saluran makanan (marikh) di leher haiwan benar-benar putus.
7. Pendarahan (selepas disembelih):-
Masa minimum pendarahan haiwan ruminan (meragut) tidak kurang enam minit.-
Masa minimum ternakan poltri (jenis ayam dan itik) tidak kurang tiga minit.
C: Proses pembersihan:
1. Haiwan telah disembelih diletak dalam tong atau tempat khas yang tidak tercemar dari kotoran dan cukup udara (cara manual)
2. Haiwan mesti disahkan mati sebelum di celur atau dilapah.
3. Pastikan air celuran bersih dan tidak bertukar warna (bercampur darah dan najis).
4. Tempat pemotongan daging yang bersih.
D: Pasaran:
1. Daging tidak diangkut atau diletak bersama bahan-bahan tidak halal.
2. Daging tidak lebam, kehitaman atau rosak tisu dan organnya.
3. Jangan beli jika meragui kehalalannya.
4. Meneliti logo halal adalah pilihan terakhir (logo halal tidak menjamin produk yang dijual benar-benar halal).

Wednesday, April 30, 2008

Solat Tahajudd pengubat kanser

Maaf artikalnya dalam bahasa indon..

Tahajjud Pengubat Kanser

Solat tahajjud ternyata tidak hanya membuat seseorang yang melakukannya mendapat tempat (maqam) terpuji disisi Allah tapi juga sangat penting bagi dunia perubatan dan kedoktoran. Munurut hasil peneliian Dr. Mohammad Soleh, dosen IAIN Surabaya, salah satu solat sunnah itu dapat membebaskan seseorang daripada serangan kanser.


Tidak percaya? "Cubalah anda rajin-rajin solat tahajjud. Jika anda melakukannya secara rutin, benar, khusyuk, dan ikhlas nescaya anda terbebas daripada infeksi dan kanser", ucap soleh. Ayah dua anak itu bukan "tukang obat" jalanan. Dia melontarkan pernyataannya itu dalam desertasinya yang bejudul "Pengaruh Solat Tahajjud terhadap Peningkatan Perubahan Respon Ketahanan tubuh Imonologi". Dengan desertasi itu, Soleh berhasil meraih gelar doktor dalam bidang ilmu kedoktoran pada Program Pasca Sarjana Universitas Surabaya, yang dipertahankannya. Selama ini, menurut Soleh, tahajjud di nilai hanya merupakan ibadah solat tambahan atau solat sunnah. Padahal jika dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas, secara medis solat itu menumbuhkan respons ketahanan tubuh (imonologi) khususnya pada imonoglobin M,G,A dan limposit-nya yang berupa persepsi dan motivasi posetif, serta dapat mengefektifkan kemampuan individu untuk menanggulangi masalah yang dihadapi. Solat tahajjud yang dimaksudkan Soleh bukan sekadar menggugurkan status solat yang muakkadah (Sunnah mendekati wajid). Ia menitikberatkan pada sisi rutinitas solat, ketetapan gerakan, kekusyukkan, dan keikhlasan. Selama ini kata dia, ulama melihat masalah ikhlas ini sebagai persoalan mental psikis.


Namun sebetulnya soal ini dapat di buktikan dengan teknologi kedoktoran. Ikhlas yang selama ini di pandang sebagai miseri, dapat dibuktikan secara kuantitatif melalui sekrasi hormon kortisol. Parameternya, lanjut Soleh, bisa di ukur dengan kondisi tubuh. Pada kondisi normal, jumlah hormon kortisol pada pagi hari normalnya antara 38-690 nml/liter. Sedang pada malam hari atau pada selepas jam 12.00 malam normalnya antara 69-345nml/liter. "Kalau jumlah hormon kortisolnya normal, bisa diindikasikan orang itu tidak ikhlas kerana tertekan. Begitu sebaliknya". Ujarnya seraya menegaskan temuannya ini yang mambantah paradigma lama yang menganggap pelajaran agama islam semata-mata dogma atau dogtrin.


Soleh mendasarkan temuannya itu melalui satu penelitian terhadap 41 responden sisa SMU Luqman Hakim Pondok Persantren Hidayatullah, Surabaya . Drp 41 siswa itu, hanya 23 yang sanggup bertahan melakukan solat tahajjud selama sebulan penuh. Setelah di uji lagi, tingal 19 siswa yang bertahan solat tahajjud selama 2 bulan. Solat di mulai pukul 2.00-3.30 pagi sebanyak 11 rakaat, masing-masing 2 rakaat 4 kali salam dan tiga rakaat witir. Selanjutnya, hormon kortisol mereka di ukur di tiga laboratium di Surabaya (paramita, Prodia dan klinika). Hasilnya ditemukan bahwa kondsi tubuh seseorang yang rajin bertahajjud secara ikhlas berbeda jauh dengan orang yang tidak melakukan tahajjud.

Mereka yang rajin dan ikhlas bertahajjud memiliki ketahanan tubuh dan kemampuan individual untuk menghadapi masalah-masalah yang di hadapi dengan stabil. "Jadi solat tahajjud selain bernilai ibadah, juga sekaligus sarat dengan muatan psikologis yang dapat mempengaruhi kontrol kognisi. Dengan cara memperbaiki persersi dan motivasi positif dan coping yang efektif, emosi yang positif dapat meghindarkan seseorang dari strees," Nah, menurut Soleh, orang yang strees(tekanan) itu biasanya retan sekali terhadap penyakit kanser dan infeksi. Dengan solat tahajjud yang di lakukan secara rutin dan di sertai perasaan ikhlas serta tidak terpaksa, seseorang akan memiliki responimun yang baik, yang kemungkinan besar akan terhindar drp penyakit infeksi dan kanser. Dan, berdasarkan hitungan teknik medis menunjukkan solat tahajjud yang dilakukan seperi itu membuat orang mempunyai ketahanan tubuh yang baik "Maka dirikanlah Solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah" : (Al-Kautsar: 2) Sebuah buki bahawa keterbatasan otak manusia tidak mampu mengetahui semua rahsia atas rahmat, nikmat, anugerah yang di berikan oleh ALLAH kepadanya. Haruskan kita menunggu untuk masuk ke akal kita?"

Monday, April 28, 2008

Happy B'day Faris

Dok belik apa tu adik....
Orang Lain dok sibuk nak makan kek...

Tumpang sekaki....


Apalah yang along tengok semacam tu..


Siapa yang potong kek nie maknya ke anak...

Susahnya nak potong kek tu..
Gambar-gambar ketika sambut b'day Faris Shah...

Saturday, April 26, 2008

Pengakuan Chef hotel 5 bintang

http://www.photoblo%20g.com/pinkturtle%20/2008/04/%2026/


Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.
Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.
Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.
Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?
Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.
Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita...
Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.
Selain daripada Arak , ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.
Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakanuntuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh . Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....
Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.
Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.
Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalam an daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.
Menerusi email: DeenOrc

Thursday, April 24, 2008

Jalan-Jalan D' Langkawi


tengah pujuk si kecik nak nangis...


mak dan abah sedang naik kapal terbang

Ni masa nak tebang balik KL

Gambar nie kat rumah Mahsuri..

Gambar kat Dataran Lang..







Sedang makan cendol pulut dengan laksa power kat tepi airport langkawi.. sambil menikmati permandangan indah di tepi pantai...




tak nampak pun gambar pengguin...


aik... naik kuda apa lak tu... dik..


naik kereta kabel.. ooo... takut.
satu pengalaman yang indah walaupun meyeramkan....

tengok angah relex saja duduk atas opah dia..

aii.. budak kecik orang nak makan apasal lak awak duduk atas meja...

tengok tu buat muka selamba lak dia..

Dok tunggu nak naik kapal terbang... kat airport KLIA

Monday, April 21, 2008

Kisah Kampung ku...dulu

Di sinilah tempat aku di beranakkan dari perut mak aku setelah sembilan bulan lebih dia dok bawa aku ke hulu ke hiliaq dalam perut dia. Aku di beranakkan dengan mengunakan kepakaran bidan kampung yang terkenal di kampungku pada masa itu kalau tak salah aku nama dia Tok Wa Diah kot... boleh dikatakan kebanyakan org kampung aku pada zaman tu menggunakan kepakaran dialah... jarang orang kampung aku pada zaman tu nak beranak pi spital maklumlah spital jauh dan tu kemudahan pengangkutan bukan macam la nie boleh dikatakan setiap rumah ada kereta paling tidak pun motor kris... pada zaman aku kecik2 bas mara lah satu2 pengangkutan utama itu pun 2 jam sekali... orng kampung aku kalau kaya pun masa tu cuma pakai motor saja..

Kalau nak bandingkan kampung aku nie antara dulu dengan la nie memang banyak bezaanlah... kampung aku nie dulu sejak aku ingatlah, ada sebuah sekolah rendah iaitu sekolah kebangsaan lubuk batu aku tak tau macam mana boleh dapat nama macamtu... tapi la nie dah tukaq nama lain iaitu sekolah kebangsaan penghulu hj Darus sempena nama tok penghulu kampung aku dulu. Di sekolah nie nie lah aku mula kenai ABC belajar dari darjah satu sampailah darjah enam, walaupun namanya tak segah sekolah di bandar tapi aku tetap bangga dapat belajar di situ. Selain sekolah di sini juga ada sebuah pondok polis yang terdapat dua orang anggota bertugas di sini pada dua anggota polis nielah orang kampung mengharap menjaga keamanan disini di samping bantuan dari JKK dan juga anggota Rela. Di samping tu ada sebuah masjid dan sebuah balairaya untuk dijadikan tempat orang berkumpul dalam satu2 majlis.

Pada masa aku kecik2 tidak ada apa sangat kemudahan asas di sini... letrik tak ada penduduk masih menggunakan pelita minyak tanah,, air paip pun tak ada yang mana kami menjadikan air sungai dan telaga sebagai sumber air minum dan mandi dan sebagainya.... jalan raya masih lagi jalan tanah merah belum lagi bertar kalau penduduk hendak ke pekan yang terdekat iaitu pekan tanah merah yang terletak kira-kira 10km dan pekan jitra kira-kira 12km dengan melalui jalan tanah merah tersebut. Penduduk kampung kebanyakan berkerja sebagai petani terlalu sedikit yang makan gaji dengan kerajaan. Penduduknya boleh dikatakan 99% adalah melayu hanya satu dua keluarga saja bangsa cina.
Itulah seber sedikit cerita pasai kampungku zaman aku kecik2 dan nanti aku sambung lagi cerita kampung ni sampai keadaan la nie yang banyak berlaku perubahan yang cukup berbeza...

Thursday, April 17, 2008

Kampungku

Aku tak pasti sejak bila kampung ku ini wujud dan siapa pengasasnya tetapi sepanjang pengetahuan aku ianya telah lama terpahat namanya di bumi malaysia ini mungkin sudah berpuluh-puluh tahun atau beratus-ratus tahun dahulu segalanya mungkin. Kenapa ia dinamakan kampung wang tepus kenapa tidak dinamakan wang emas ker wang perak ker... kan sedap bunyinya atau lebih popular lagi... Begini kisahnya, Wang disini bukan lah bermaksudnya duit (ringgit) tetapi wang disini ialah bermaksud satu lembah atau lurah, mengikut faktor geografi kampung ini dikelilinggi bukit bukau dan di celah-celah bukit itu wujudlah lembah atau lurah-lurah yang dinamakan 'wang' itu. Manakala 'tepus' pula diambil sempena dengan nama sejenis pokok iaitu pokok tepus yang mana pokok ini spesis seperti pokok kantan jugak, pokok ini biasanya banyak terdapat di kawasan lembah-lembah dan lurah bukit. Jadi mungkin di kampung ini banyak terdapat pokok tepus ini maka dengan itu terhasillah nama "Kampung Wang Tepus" kampungku.