Halua Telinga

Latar Belakang Kampung Wang Tepus

Nama Dan Sejarah Tercipta Kampung Wang Tepus.

Wang di sini bukanlah bermaksud duit yang boleh dibelanjakan. Maksud wang adalah dalam bahasa siam iaitu kawasan tanah pamah yang dikelilingi oleh bukit.

Kawasan ini juga ditumbuhi oleh pokok paku pakis dan pokok-pokok balak sebelum di teroka. Di antara semua pokok dan paku pakis terdapat juga pokok tepus (sejenis spises lengkuas besar)di kawasan ini.. dan nama botani bagi pokok Tepus adalah Amomum spp.

Oleh kerana terdapat banyak pokok tepus di kawasan wang , maka setelah diteroka kemudian terus dinamakan kawasan ini wang tepus dan sehingga kini dikenali sebagai Kampung Wang Tepus..

Monday, April 21, 2008

Kisah Kampung ku...dulu

Di sinilah tempat aku di beranakkan dari perut mak aku setelah sembilan bulan lebih dia dok bawa aku ke hulu ke hiliaq dalam perut dia. Aku di beranakkan dengan mengunakan kepakaran bidan kampung yang terkenal di kampungku pada masa itu kalau tak salah aku nama dia Tok Wa Diah kot... boleh dikatakan kebanyakan org kampung aku pada zaman tu menggunakan kepakaran dialah... jarang orang kampung aku pada zaman tu nak beranak pi spital maklumlah spital jauh dan tu kemudahan pengangkutan bukan macam la nie boleh dikatakan setiap rumah ada kereta paling tidak pun motor kris... pada zaman aku kecik2 bas mara lah satu2 pengangkutan utama itu pun 2 jam sekali... orng kampung aku kalau kaya pun masa tu cuma pakai motor saja..

Kalau nak bandingkan kampung aku nie antara dulu dengan la nie memang banyak bezaanlah... kampung aku nie dulu sejak aku ingatlah, ada sebuah sekolah rendah iaitu sekolah kebangsaan lubuk batu aku tak tau macam mana boleh dapat nama macamtu... tapi la nie dah tukaq nama lain iaitu sekolah kebangsaan penghulu hj Darus sempena nama tok penghulu kampung aku dulu. Di sekolah nie nie lah aku mula kenai ABC belajar dari darjah satu sampailah darjah enam, walaupun namanya tak segah sekolah di bandar tapi aku tetap bangga dapat belajar di situ. Selain sekolah di sini juga ada sebuah pondok polis yang terdapat dua orang anggota bertugas di sini pada dua anggota polis nielah orang kampung mengharap menjaga keamanan disini di samping bantuan dari JKK dan juga anggota Rela. Di samping tu ada sebuah masjid dan sebuah balairaya untuk dijadikan tempat orang berkumpul dalam satu2 majlis.

Pada masa aku kecik2 tidak ada apa sangat kemudahan asas di sini... letrik tak ada penduduk masih menggunakan pelita minyak tanah,, air paip pun tak ada yang mana kami menjadikan air sungai dan telaga sebagai sumber air minum dan mandi dan sebagainya.... jalan raya masih lagi jalan tanah merah belum lagi bertar kalau penduduk hendak ke pekan yang terdekat iaitu pekan tanah merah yang terletak kira-kira 10km dan pekan jitra kira-kira 12km dengan melalui jalan tanah merah tersebut. Penduduk kampung kebanyakan berkerja sebagai petani terlalu sedikit yang makan gaji dengan kerajaan. Penduduknya boleh dikatakan 99% adalah melayu hanya satu dua keluarga saja bangsa cina.
Itulah seber sedikit cerita pasai kampungku zaman aku kecik2 dan nanti aku sambung lagi cerita kampung ni sampai keadaan la nie yang banyak berlaku perubahan yang cukup berbeza...