Halua Telinga

Latar Belakang Kampung Wang Tepus

Nama Dan Sejarah Tercipta Kampung Wang Tepus.

Wang di sini bukanlah bermaksud duit yang boleh dibelanjakan. Maksud wang adalah dalam bahasa siam iaitu kawasan tanah pamah yang dikelilingi oleh bukit.

Kawasan ini juga ditumbuhi oleh pokok paku pakis dan pokok-pokok balak sebelum di teroka. Di antara semua pokok dan paku pakis terdapat juga pokok tepus (sejenis spises lengkuas besar)di kawasan ini.. dan nama botani bagi pokok Tepus adalah Amomum spp.

Oleh kerana terdapat banyak pokok tepus di kawasan wang , maka setelah diteroka kemudian terus dinamakan kawasan ini wang tepus dan sehingga kini dikenali sebagai Kampung Wang Tepus..

Wednesday, May 27, 2009


Angah Masuk Hospital
Kesian angah masuk hari nie sudah dua hari dia kat hospital kerana demam dan batuk yang teruk tidak henti2 sejak minggu lepas lagi. Pada mulanya hanya deman biasa saja kami cuma bawa dia pergi klinik berdekatan tetapi setelah makan ubat habis tak juga elok2 batuk dan demamnya itu kemudian pergi klinik lagi doktor tukar ubat lain lah balik makan tak elok juga lepas tu pegi lagi ... sedut gas dan balik esoknya nampak ok sikit.
Esoknya dia pergi sekolah iaitu hari isnin hari tu... walau pun badannya masih lemah tetapi pegi juga sekolah kerana dia perlu hadir exam pertengahan tahun tetapi tidak sihat cikgu besar suruh balik berehat saja. Petangnya dia pergi pulak sekolah agama kerana sek agama juga dia perlu duduki peperiksaan tambahan lagi sudah beberapa paper dia tinggal sejak minggu lepas. Di sekolah agama juga dia tak bermaya nak jawab peperikssan dan muntah2 di sekolah lalu dibawa balik.
Selepas balik dari sekolah petang itu aku terus bawa dia pergi Hospital KPJ Specialist Kajang dan terus di tahan wad kerana badan sudah tak bermaya kerana kekurangan air disebabkan asyik muntah2 sejak beberapa hari lepas itu terlantarlah dia di KPJ Kajang sampai hari ini sekolah mana periksa mana...apa boleh buat sudah takdir begitu.
Hari nie dah tiga hari barulah nampak dia cergas dan ceria kembali setelah beberapa hari senyap sunyi dari keletahnya bercakap dan kelasakkannya bermain. Menurut doktor kesihatannya sudah 40% peratus pulih dan perlu menjalani beberapa ujian lagi untuk mempastikan dia betul2 sebuh dan di benarkan balik. Menurut doktor lagi hatinya sedikit menurun kebawah kerana teterlalu kuat meneran batuk dan tidak membimbangkan kerana dia akan kembali nomal selepas seminggu atau dua minggu.
Selera makannya juga sudah ada kalau sebelum nie makan dan minum langsung tak boleh masuk kerana asyik muntah yang membuat selera makannya hilang. Walau bagaimana pun makan hospital nie takda dia makan pun kat luar juga kena beli. tak kisahlah camna pun asalkan dia nak makan cukup.
Insyallah kalau kesihatannya cepat pulih cepatlah dia boleh balik rumah dan lagi aku pun dah boring dok lepak kat hospital nie masuk hari nie sudah dua hari aku tak kerja, esok umminya pulak yang jaga dia. cepatlah sembuh angah semua orang rindukan angah, along, adik, opah kawan2 kat sekolah dan semua....Semua orang mendoakan supaya angah cepat sembuh.