Halua Telinga

Latar Belakang Kampung Wang Tepus

Nama Dan Sejarah Tercipta Kampung Wang Tepus.

Wang di sini bukanlah bermaksud duit yang boleh dibelanjakan. Maksud wang adalah dalam bahasa siam iaitu kawasan tanah pamah yang dikelilingi oleh bukit.

Kawasan ini juga ditumbuhi oleh pokok paku pakis dan pokok-pokok balak sebelum di teroka. Di antara semua pokok dan paku pakis terdapat juga pokok tepus (sejenis spises lengkuas besar)di kawasan ini.. dan nama botani bagi pokok Tepus adalah Amomum spp.

Oleh kerana terdapat banyak pokok tepus di kawasan wang , maka setelah diteroka kemudian terus dinamakan kawasan ini wang tepus dan sehingga kini dikenali sebagai Kampung Wang Tepus..

Wednesday, June 3, 2009

Balik Kampung

Bila sampai saja musim cuti sekolah trend balik kampung akan menjadi satu kemestian bagi perantau ataupun warga kota yang masih ada sedara mara atau pun ibubapa di kampung. Begitu juga tidak ketinggalan bagi aku dan anak-anak aku... malah anak2 aku bila di tanya sebulan yang lalu pada musim cuti sekolah ini hendak balik kampung atau hendak pergi bercuti ke lain-lain tempat. Tanpa mengambil masa yang panjang terus mereka buat keputusan hendak balik kampung ayah.

Bagi anak2 aku saat balik kampung cukup menggembirakan bagi mereka malah beberapa hari belum cuti pun meraka asyik bertanya bilakah hendak balik kampung, siang atau malam kah kita nak balik kampung boleh dikatakan saban hari mereka bertanya walaupun sudah diberitahu pun mereka masih lagi bertanya hendakkan kepastian samada jadi atau tidak hendak balik. Kalau lah dikatakan tidak jadi balik dah tentu perasaan kecewa akan dapat di lihat pada wajah mereka tidak dapat aku bayangkan. Pada mereka bila dapat balik kampung adalah sesuatu yang istimewa dimana mereka boleh dapat di kota ini yang penuh dengan kesesakkan jalanraya dan sebagainya.

Di kampung suasanya cukup aman, damai, sejuk dan indah permandangan dengan kehijauan pokok2 yang hidup segar tanpa diusik oleh tangan2 ganas manusia yang inginkan kekayaan dunia. Permandangan sawah padi yang menguning menunggu masa untuk di tuai cuklup indah. Aku teringat masa aku kecik2 dulu bila padi sudah selesai di potong inilah masanya untuk bermain wau atau pun layang dan juga bermain serunai batang padi kalau musim mengala sawah pula selalu aku ikut belakang teraktor serkap ikan dari padi sampai petang. Itulah zaman aku kecik2 dulu tetapi anak2 aku tidak merasai semua itu kerana mereka hidup di kotaraya kuala lumpur mereka tidak kenal apa itu lumpur, mandi caruk, serkap ikan, tahan bubu, sauk akan karin, tahan taut dan sebagainya.

Insyallah malam nie selepas solat isyak aku dan isteri serta anak2 aku akan bertolak balik ke kampung di kedah sudah tentulah yang paling gembira anak2 aku kerana inilah saat dan ketika yang mereka tunggu. Tidak sabar meraka hendak berjumpa dengan sedara mara di kampung lebih2 lagi Tok, Mak Long, Mak Ngah, abang2 dan kakak2 sepupu mereka di kampung. Begitu juga sedara mara di kampung sentiasa menunggu kami balik malah mereka selalu talipon talipon bertanya bila hendak balik kampung.

Di musim cuti sekolah ini banyaklah orang mengambil kesempatan mengadakan majlis walimatulurus. Jadi Kak Long aku juga tidak terlepas juga mengambil peluang di musim cuti ini untuk mengadakan majlis kawin anak lelakinya. Di samping balik kampung dapat juga kami menjamu selera kampung di majlis kenduri itu nanti. Mudah-an kami sampai ke kekampung dengan selamat insyaallah.