Halua Telinga

Latar Belakang Kampung Wang Tepus

Nama Dan Sejarah Tercipta Kampung Wang Tepus.

Wang di sini bukanlah bermaksud duit yang boleh dibelanjakan. Maksud wang adalah dalam bahasa siam iaitu kawasan tanah pamah yang dikelilingi oleh bukit.

Kawasan ini juga ditumbuhi oleh pokok paku pakis dan pokok-pokok balak sebelum di teroka. Di antara semua pokok dan paku pakis terdapat juga pokok tepus (sejenis spises lengkuas besar)di kawasan ini.. dan nama botani bagi pokok Tepus adalah Amomum spp.

Oleh kerana terdapat banyak pokok tepus di kawasan wang , maka setelah diteroka kemudian terus dinamakan kawasan ini wang tepus dan sehingga kini dikenali sebagai Kampung Wang Tepus..

Friday, February 13, 2015

Tok Guru Nik Aziz dalam kenangan (1931-2015) « »


JENAZAH Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dibawa turun ke liang lahad di Tanah Perkuburan Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan kira-kira jam 10 pagi hari ini. Bekas Menteri Besar Kelantan berusia 84 tahun itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira satu jam sebaik tiba di rumahnya, selepas keluar daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 12 Februari 2015. -

 

 Sumber BH Online Foto Khairull Azry Bidin