Halua Telinga

Latar Belakang Kampung Wang Tepus

Nama Dan Sejarah Tercipta Kampung Wang Tepus.

Wang di sini bukanlah bermaksud duit yang boleh dibelanjakan. Maksud wang adalah dalam bahasa siam iaitu kawasan tanah pamah yang dikelilingi oleh bukit.

Kawasan ini juga ditumbuhi oleh pokok paku pakis dan pokok-pokok balak sebelum di teroka. Di antara semua pokok dan paku pakis terdapat juga pokok tepus (sejenis spises lengkuas besar)di kawasan ini.. dan nama botani bagi pokok Tepus adalah Amomum spp.

Oleh kerana terdapat banyak pokok tepus di kawasan wang , maka setelah diteroka kemudian terus dinamakan kawasan ini wang tepus dan sehingga kini dikenali sebagai Kampung Wang Tepus..

Friday, April 24, 2009

Assalamualaikum...

Hari ini hari jumaat hari yang baik dan hari mulia... tapi badan aku nie rasa macam kurang sihat pulak rasa2 macam nak demam pun ada tapi tadi aku dah telan panadol 2 biji harap boleh bertahanlah sampai solat jumaat nanti kalau tak pun doa2 agar sihatlah kembali kan...

Jadi tengah dok penin2 nie aku dok pikiaq juga benda apa nak ku muatkan dalam blog nie sebagai santapan di hari jumaat nie, cari punya cari dapatlah satu cerita nie untuk di kongsi bersama dengan sesiapa yg melawat blog nie mudaha2an boleh di ambil sedikit iktibar dari kisah yang berlaku ini.

Hadiah Pada Malam Jumaat

Assalamualaikum Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat Awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih Duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.
Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya terang gemerlapan.
Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya. Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.
Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?"tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?" tanya Al Mazy lagi.
Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang- orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah,bacaan,ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat.Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.
Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia
sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda.
Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya agar ia dapat menyampaikan berita keadaan anaknya.Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya.
Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.
Kemudian ia berkata : "Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini. "Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut.
Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku,cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup." Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesen pun dari seribu dirham itu yang tinggal.Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy Berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana Biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2.Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira.
Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata : "Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. ""Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu." "Apa tandanya?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.
(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas). "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang Besar."(Surah Al-Ahzab:71)" Andainya hidup punca perpisahan, Biarlah mati menyambungnya semula Namun seandainya mati punca perpisahan, Biarlah hidup itu membawa erti yang nyata.

Thursday, April 23, 2009


Masuknya hari ini genaplah seminggu aku tak update blog ini jadi untuk tidak memanjangkan lagi hari-hari yang tidak berbuat apa-apa pada blog ini aku nak berkongsi sedikit tentang adap-adap menziarah kubur bagi orang islam yang mana kebetulan minggu lepas aku pergi menziarah kubur nenek aku yang baru meninggal dunia. Apa yang aku paparkan di sini bukanlah ditulis sendiri oleh aku tetapi aku petik dari laman ITTutor.net untuk tatapan bersama bagi sesiapa yang melawat blog aku ini.

Menziarahi Kubur Menurut IslamLaporan oleh oleh Ustaz Syed Abdillah Aljufridipetik dari laman ITTutor.net:

1) Hukum Menziarahi Kubur
2) Hukum Memberi Takziah
3) Hukum Membuat Dapur-Dapur Kubur
4) Tujuan Menziarahi Kubur
5) Adab Menziarahi Kubur
6) Ziarah Kubur Pada Hari Raya

1) Hukum Menziarahi Kubur
PADA zaman permulaan Islam berkembang, Nabi Muhammad saw melarang kaumMuslimin menziarahi perkuburan. Larangan ini disebabkan kekhuatiran terhadap timbulnya kepercayaan lama mereka kepada berhala atau sebaranglambang keberhalaan. Tetapi kemudiannya, Nabi saw membenarkan pula mereka menziarahinya. Ini kerana iman dan keyakinan mereka terhadap Islamtelah mantap. Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud:"Dahulu saya pernah melarang kamu menziarahi kubur tetapi sekarangboleh kamu menziarahinya, kerana menziarahi kubur itu boleh menimbulkan sifat zuhud terhadap dunia dan ingat kepada akhirat."Kebanyakan ulama' mengambil kesimpulan daripada hadis ini bahawa hukummenziarahi kubur adalah sunat bagi kaum lelaki dan makruh bagi kaum perempuan.
Hukum sunat bagi kaum lelaki sudah jelas, iaitu mengingatkannya tentang akhirat. Tetapi hukum makruh bagi kaum perempuan pula besar kemungkinan kerana biasanya kaum perempuan lemah semangat dan terlalu beremosi.Mereka akan merasa terlalu sedih mengingatkan orang yang mereka kasihi telah meninggal, lebih-lebih lagi kalau pemergiannya secara mengejut atau terlibat dalam kemalangan d an sebagainya, maka dikhuatiri perasaan sedih mereka akan membawa kepada penyesalan terhadap takdir Allah swt.
2) Hukum Memberi Takziah
Oleh kerana 'kematian' itu satu kepastian yang tidak dapat dielakkanoleh setiap insan, setiap insan pasti mati, hanya sebabnya sahaja yangberlainan.Manusia harus menerima hakikat ini. Oleh sebab itu, hukum memberitakziah kepada keluarga yang ditimpa musibah maut ini dihadkan hanya tiga hari sahaja. Lebih dari itu, tidak disunatkan lagi kita memberi takziahkerana ia hanya akan menimbulkan kesedihan sahaja.
3) Hukum Membuat Dapur-Dapur Kubur
Sebelum diperkatakan cara enziarahi kubur yang dibenarkan oleh Islamperlu juga diketahui hukum membuat dapur-dapur kubur itu. Menurut yangafdal dalam Islam, kubur seseorang Muslim/Muslimah itu hendaklah ditinggikansejengkal dari dataran bumi dan diratakan bahagian atasnya dan ditandakan dengan sesuatu tanda untuk dikenali supaya mudah diziarahi. Ini pernahditegaskan oleh Nabi Muhammad saw apabila Baginda ditanya mengapa Baginda meletakkan tanda di kubur saudara susuannya Othman Bin Maz'un. Baginda menjawab yang bermaksud: "supaya saya kenal kubur saudara saya."
Dari sinilah timbulnya kebiasaan meletakkan nisan. Tetapi apa yang dilarang dalam Islam ialah terlalu sangat menghias kubur dengan dapur-dapur daripada batu mozek, marmar dan sebagainya kerana ini merupakan suatu pembaziran. Adalah lebih baik jika lebihan wang yang hendak digunakan untuk tujuan ini disedekahkan kepada fakir miskin atau melakukan amal jariah yang lainnya.
Kalau mayat itu ditanam di perkuburan wakaf adalah haram mengambil kawasan yang tidak perlu bagi satu-satu kubur kerana ini boleh mengurangkan kawasan untuk ditanam mayat yang lain. Jadi untuk mengenal kubur ibu-bapa, suami/isteri dan kaum kerabat kita cukuplah mengawal tanah kubur jangan sampai terpersok atau hilang atau susah dikenali, iaitu sekadarmembuatnya secara mudah dan tidak banyak menghabiskan perbelanjaan.Walau bagaimanapun kubur yang tidak dapat dikesan lagi dan tidak dapatdiziarahi akan mendapat rahmat yang lebih daripada Allah swt.Sebagaimana yang pernah diriwayatkan daripada Nabi Muhammad saw yang bermaksud 'Allah merahmati kubur yang tidak dikenali.'Sehubungan dengan ini menulis ayat-ayat suci di batu-batu kubur, bukanlah satu suruhan Islam. Malah, ianya terlarang kerana tulisan-tulisan akanterdedah kepada pencemar an, kerana biasanya tulisan-tulisan ayat di paras kaki orang yang berdiri di pinggir kubur itu dan kemungkinan ada pula orang duduk di pinggir batu itu, perkara ini adalah dilarang.

4)Tujuan Menziarahi Kubur
Seseorang yang ingin menziarahi kubur hendaklah berniat yang benar dan ikhlas kerana Allah swt semata-mata iaitu untuk melembutkan hati, mengingatkan akhirat dan mengenang jasa si mati atau kelebihannya disisi All ah. Begitu pula apabila menziarahi kubur atau makam para nabi dan para wali, lebih-lebih lagi makam Nabi Muhammad saw yang begitu besarjasanya bukan sahaja kepada umat Islam malah kepada alam semesta keranaAllah swt sendiri telah menerangkan dengan firmanNya yang bermaksud: 'tidak Kami utusmu melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam'. Maka dengan niat yang baik inilah kita menziarahi perkuburan kaum Muslimin dan permakaman para awlia, anbia dan mursalin. Apa yang dilarang dalam menziarahi perkuburan ini ialah meminta sesuatu hajat kepada yang matiitu atau memujanya seperti pemujaan terhadap berhala. Tetapi denganbertawassul dengan mereka yang salih itu dan meminta kepada Allah rabbul a'lamin tidaklah terlarang menurut fahaman ahlissunnah wa jamaah.
5)Adab Menziarahi Kubur
Apabila kita masuk ke suatu tanah perkuburan Islam, hendaklah kitamengucapkan salam dengan berkata: "Assalamualaikum dara qauminmukminin, antumussabiqun wa nahnulahiqun yaghfirullahu lanaa wa dankamlakum."(Sejahtera atas kamu penghuni tempat kaum Mukminin. Kamu telahmendahului dan kami akan menyusul kamu. Semoga Allah mengampuni kami .)Kemudian tujuilah kubur yang hendak diziarahi itu dan berdiri ataududuk di hadapannya dengan mengadap kepadanya (membelakang kiblat) serta memberi salam kepadanya. Walaupun mayatnya sudah lama dan sudah hancur tetapi yang penting rohnya ada dan tahu siapa yang menziarahinya. Ini diambil dari sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: "Sesiapa yang memberi salamkepadaku Allah akan mengembalikan rohku dan akan menjawab salamnya".Kalau ini diberikan kepada Nabi Muhammad saw maka tidak mustahil diberikan kepada umat oleh sebab itu disunatkan kita menziarahi kubur. Kemudian, bacakanlah ayat-ayat Al Quran yang mudah dibaca dan minta kepada Allah disampaikanpahala bacaan itu kepada roh si mati. Kita juga diingatkan supaya jangan menyesali apa yang telah berlaku, apa lagi untuk meraung dan meratap, kerana iniadalah haram hukumnya.
6) Ziarah Kubur Pada Hari Raya
Tidak ada sebarang dalil yang terang tentang menziarahi kubur pada pagiHari Raya. Ini hanya merupakan amalan kebiasaan orang-orang Islam kita di sini.Mungkin mereka berpendapat bahawa kerana pada hari raya kitamenziarahi kaum kerabat dan sahabat handai kita yang hidup maka eloklah kitamen ziarahi juga yang sudah meninggal dunia.

Ziarah pada waktu khusus seperti yang berlaku pada Hari Raya boleh menyebabkan dosa kalau kita menganggapnya sebagai satu suruhan agama pada hal tidak ada sebarang suruhan menziarahi kubur pada hari yangtertentu.Lebih-lebih lagi kalau penziarahan itu merupakan sebagaisatu temasya dengan sebab yang berkunjung memakai pakaian yangberwarna-warni serta membawa bunga untuk diletakkan di atas kubur,penjualan minuman dan sebagainya, inilah yang dilarang oleh Nabi Muhammad saw berdasarkan sabdanya yang bermaksud: "Jangan kamu jadikan kuburku sebagai tempatberhari raya".Begitulah juga larangan ini mencakup kubur sesiapa pun. Dengan ini jelas menziarahi kubur pada Hari Raya secara khusus itu tidak ada sandarannya dalam Islam.

Thursday, April 16, 2009

Jumpa Lagi....

Assalamualaikum....

Lama juga aku tak update bolg ini almaklumlah sibuk dengan tugas2 di pejabat jadi nak menjengah ke blog nie pun tak ada kesempatan.... sibuk mengalahkan menteri lak...

Sebenarnya aku nie baru saja balik kampung dua tiga hari lepas untuk melawat tok aku meninggal dunia kerana sakit tua, perginya yang tidak akan kembali lagi.. menuju ke alam yang kekal abadi menemui yang Maha Esa tetapi aku hanya sempat melihat pusaranya sahaja.

Sedih juga rasanya kerana tidak dapat menemui allahyarham buat kali terakhir tapi apa boleh buat mungkin sudah ditakdirkan begitu hanya doa sahaja yang dapat ku iringkan buat jenazahnya ke pusara. Mudah2an rohnya akan ditempatkan dikalangan orang-orang bertaqwa, aminn..

Apa pun mati itu pasti yang pergi tetap pergi tetapi kita yang hidup ini adakah dapat ambil pengajaran dan keinsafan dari peristiwa kematian itu.... Al Fatihah untuk aruah, kau mendahului kami menemui yang Maha Esa dan satu hari nanti kami juga akan ke sana jua.