Halua Telinga

Latar Belakang Kampung Wang Tepus

Nama Dan Sejarah Tercipta Kampung Wang Tepus.

Wang di sini bukanlah bermaksud duit yang boleh dibelanjakan. Maksud wang adalah dalam bahasa siam iaitu kawasan tanah pamah yang dikelilingi oleh bukit.

Kawasan ini juga ditumbuhi oleh pokok paku pakis dan pokok-pokok balak sebelum di teroka. Di antara semua pokok dan paku pakis terdapat juga pokok tepus (sejenis spises lengkuas besar)di kawasan ini.. dan nama botani bagi pokok Tepus adalah Amomum spp.

Oleh kerana terdapat banyak pokok tepus di kawasan wang , maka setelah diteroka kemudian terus dinamakan kawasan ini wang tepus dan sehingga kini dikenali sebagai Kampung Wang Tepus..

Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa...

Semalam 21 Jun 2009 adalah Hari Bapa, Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan "Selamat Hari Bapa" kepada bapa2 dan kepada bapa2 yang telah pergi sedekahlah Al-Fatehah untuk aruah semua.

Bagi aku bila sampai hari bapa setiap tahun hanyalah sedekah Al-fatehah saja yang dapat aku sedekahkan kepada aruah bapa aku yang telah lama meninggalkan kami mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dari Allah swt...

Budi dan pengorbanan bapa dalam membesarkan anak-anak tidak terbalas oleh anak-anak malah tidak ternilai jasanya kepada kita. Aku masih ingat ketika aku kecil kehidupan kami begitu susah sekali dan bapa aku cumalah seorang penyelam pasir sungai. Setiap hari bapa akan pergi ke sungai dengan perahu menongkah arus sungai yang deras tidak kira panas mahu pun hujan semata2 untuk mengambil pasir dari dalam sungai dimuatkan ke dalam perahu dan di bawa ke darat untuk dijual kepada pemborong pasir. Demi untuk membesarkan anak-anak dan mencari rezeki untuk keluarga bapa sanggup meredah segala bahaya ketika berada di dalam sungai yang segala kemungkinan akan berlaku seperti boleh lemas dan dihanyutkan oleh arus sungai yang deras mahupun serangan buaya yang ada di dalam sungai.

Itu antara satu pengorbanan dan kesusahan yang seorang bapa dalam membesarkan anak tanpa memikirkan kesusahan yang beliau tanggung. Kini Aruah telah tiada beliau pergi sudah pergi meninggalkan kami sudah lama ketika usianya 50 tahun. Tetapi jasa dan pengorbanannya dalam membesarkan kami adik beradik tidak akan aku lupa sampai bila2.

Kini aku sebagai seorang bapa kepada anak2 aku sudah merasai bagaimana susahnya mendidik dan membesar anak2. Mendidik dan membesarkan anak2 bukanlah tugas mudah kerana memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi jika tidak akan berlakulah seperti kes2 penderaan dan anak2 terbiar dan sebagainya... hendak menjadi bapa yang baik juga bukanlah senang jika kita tidak belajar dan belajar untuk menjadi seorang bapa...