Halua Telinga

Latar Belakang Kampung Wang Tepus

Nama Dan Sejarah Tercipta Kampung Wang Tepus.

Wang di sini bukanlah bermaksud duit yang boleh dibelanjakan. Maksud wang adalah dalam bahasa siam iaitu kawasan tanah pamah yang dikelilingi oleh bukit.

Kawasan ini juga ditumbuhi oleh pokok paku pakis dan pokok-pokok balak sebelum di teroka. Di antara semua pokok dan paku pakis terdapat juga pokok tepus (sejenis spises lengkuas besar)di kawasan ini.. dan nama botani bagi pokok Tepus adalah Amomum spp.

Oleh kerana terdapat banyak pokok tepus di kawasan wang , maka setelah diteroka kemudian terus dinamakan kawasan ini wang tepus dan sehingga kini dikenali sebagai Kampung Wang Tepus..

Sunday, November 22, 2009


Minggu lepas aku sekeluarga pergi makan kenduri kawin rakan sepejabat iaitu Tajul kat seremban, kira meriah jugaklah majlisnya dan ramai juga kawan2 opis yg hadir. Minta maaf lah pada Tajul kerana tak sempat nak berjumpa kerana aku perlu balik awal sikit ada hal penting dan rugi juga sebab tidak dapat bergambar bersama pengantin walau bagaimana pun aku sempat juga shoot sekeping gambar beliau dari jauh kerana ramai sangat org nak ambil gambar dan minta maaf kerana gambar pun tak berapa jelas sangat.

Thursday, November 19, 2009

Along sedang merima hadiah

Tahniah buat Along dan Angah sebagai antara penerima anugerah cemerlang pada hari tersebut

Along dan angah


Angah menerima hadiah dari guru penolong kanan sekolah



Guru Besar sedang berucap

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Ini cuma nak tumpang glamer saja...

Tuesday, November 17, 2009

Angah naik ke pentas untuk menerima hadiah dari pengerusi PIBG sekolah - Tahniah untuk angah kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir baru2 ini.Along bersama kumpulan koir sekolah sedang membuat persembahan
Along & Angah

Kumpulan koir sekolah sedang mempersembahkan beberapa buah lagu petrotik

Along bersama kumpulan koir sekolah

Tuesday, November 3, 2009


Selamat Tinggal Mimos


Inilah dudukan terakhir sebagai staff mimos agaknya... tempat kerja yang banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis bagi Ummi.

Ummi bersama rakan2 sekerja di Mimos - kenangan terakhir di sini.

Pelukan perpisahan dari salah seorang rakan sekerja ummi

Ini adalah lambai selamat tinggal oleh ummi untuk kawan2 di mimos.

(nak lihat gambar2 yang lain bolehlah klik kat bahagian photo gallery)

Pada 28 oktober lepas adalah hari terakhir ummi melangkah kaki ker Mimos sebagai sebagai kakitangan Mimos Berhad di mana beliau telah mengabdikan dirinya disini lebih kurang 13 tahun sebagai seorang Penyelidik. Dalam tempoh lebih sedekat beliau bersama Mimos sudah tentu banyak pengalaman pahit dan manis yang telah beliau lalui disni dan akan menjadi kenangan sepanjang hidup beliau.

Bermula 2 November iaitu semalam Ummi membuka lembaran baru dalam kareanya sebagai seorang Pensyarah di tempat kerja yang baru iaitu Universiti Pertahanan (UPNM). Selamat bertugas di tempat baru semoga succes selalu. Pensyarah memang citi-cita Ummi sejak dulu jadi dengan mendapat tawaran dari UPNM ini maka tertunailah sudah cita2 ummi, sekalung tahniah buat ummi.