Halua Telinga

Latar Belakang Kampung Wang Tepus

Nama Dan Sejarah Tercipta Kampung Wang Tepus.

Wang di sini bukanlah bermaksud duit yang boleh dibelanjakan. Maksud wang adalah dalam bahasa siam iaitu kawasan tanah pamah yang dikelilingi oleh bukit.

Kawasan ini juga ditumbuhi oleh pokok paku pakis dan pokok-pokok balak sebelum di teroka. Di antara semua pokok dan paku pakis terdapat juga pokok tepus (sejenis spises lengkuas besar)di kawasan ini.. dan nama botani bagi pokok Tepus adalah Amomum spp.

Oleh kerana terdapat banyak pokok tepus di kawasan wang , maka setelah diteroka kemudian terus dinamakan kawasan ini wang tepus dan sehingga kini dikenali sebagai Kampung Wang Tepus..

Thursday, December 24, 2009

Bercuti Di Negeri Melaka

Salam semua...
Semasa cuti sekolah bulan disember 2009 baru2 nie ana bawa anak bini pi jalan2 kat negeri Hang Tuah iaitu di Melaka selama 3 hari dua malam... kalau nak di ikutkan nak jalan2 kat melaka nie tak cukup 3 hari dua malam tu kerana banyak tempat yang kita boleh ronda2. Lagi pula masa ana pergi tu musim hujan jadi susah hendak jalan dan ronda2.


Menyusuri sungai melaka dengan menaiki Melaka River cruise. Naik boat nie menariknya pada waktu malam kerana boleh tengok pemandangan lampu2 di sekitar sungai melaka ini tepi oleh kerana pada hari sebelum nie hujan lebat sangat hinggakan paras air sungat naik tinggi jadi Melaka River cruise ti di tutup.
Tak dapat naik Melaka River cruise kerana air sungai naik tinggi jadi ia ditutup.
Hujan lebat hinggakan sukar untuk berjalan di sekitar Dataran Bandar
Berteduh dari hujan di dalam kubu A'Famosa sambil memerhati org bukan islam membaling syiling ke dalam perigi kat dlm kota tu..
Walau pun hujan masih nak posing bergambar lagi budak2 nie...
Biar pun hujan turun lebat ada mulanya bila keadaan reda kami teruskan mendaki ke Bukit St. Paul, yang merupakan tapak asal Kubu Portugis, iaitu A'Famosa, dan Gereja St. Paul.
Berdekatan dengan Bukit St. Paul terdapat Menara Taming Sari jadi inilah gambar yang di ambil dari atas menara...
Lagi gambar dari menara Taming Sari
Negeri melaka terkenal sebagai negeri yang banyak muzium jadi kalau pergi tu jagan lupa melawat muzium2 ini. Antara yang sempat kami lawat ialah muzium TLDM yang mana banyak mempamirkan peralatan lama TLDM.



Bersebelahan Muzium TLDM terdapat pula Muzium Samudra


Kalau pergi ke melaka tak lengkap jika tidak merasai masakan orang melaka jadi kami pun pi pekena ikan bakar dekat medan ikan bakar umbai, melaka. Ummm.. besttt..


Kanak-kanak memang suka melihat binatang jadi kami pun pergi jalan2 ke zoo melaka.

Ini melawat Taman Mini Malaysia
Sedang asyik menonton pertunjukan pentas di Taman Mini Malaysia ini
Diantara rumah2 tradisional masyarakat malaysia seperti rumah Kedah, rumah selangor. rumah negeri sembilan dan lain2.
Ini adalah alat tradisional memproses padi menjadi beras rasa budak2 sekarang tidak kenal semua ini.
Peralatan tradisional yang di pamerkan di dalam rumah2 ini..
gambar ini ialah Tong memukul padi dan lesung hindit.
Rumah tradisional kedah




Sebenarnya gambar2 yang rumah tradisional dalam Taman Mini Malaysia ini banyak jadi untuk tidak memenuhi rungan blog ini cukup sekadar ini saja di tunjukkan..