Halua Telinga

Latar Belakang Kampung Wang Tepus

Nama Dan Sejarah Tercipta Kampung Wang Tepus.

Wang di sini bukanlah bermaksud duit yang boleh dibelanjakan. Maksud wang adalah dalam bahasa siam iaitu kawasan tanah pamah yang dikelilingi oleh bukit.

Kawasan ini juga ditumbuhi oleh pokok paku pakis dan pokok-pokok balak sebelum di teroka. Di antara semua pokok dan paku pakis terdapat juga pokok tepus (sejenis spises lengkuas besar)di kawasan ini.. dan nama botani bagi pokok Tepus adalah Amomum spp.

Oleh kerana terdapat banyak pokok tepus di kawasan wang , maka setelah diteroka kemudian terus dinamakan kawasan ini wang tepus dan sehingga kini dikenali sebagai Kampung Wang Tepus..

Tuesday, November 3, 2009


Selamat Tinggal Mimos


Inilah dudukan terakhir sebagai staff mimos agaknya... tempat kerja yang banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis bagi Ummi.

Ummi bersama rakan2 sekerja di Mimos - kenangan terakhir di sini.

Pelukan perpisahan dari salah seorang rakan sekerja ummi

Ini adalah lambai selamat tinggal oleh ummi untuk kawan2 di mimos.

(nak lihat gambar2 yang lain bolehlah klik kat bahagian photo gallery)

Pada 28 oktober lepas adalah hari terakhir ummi melangkah kaki ker Mimos sebagai sebagai kakitangan Mimos Berhad di mana beliau telah mengabdikan dirinya disini lebih kurang 13 tahun sebagai seorang Penyelidik. Dalam tempoh lebih sedekat beliau bersama Mimos sudah tentu banyak pengalaman pahit dan manis yang telah beliau lalui disni dan akan menjadi kenangan sepanjang hidup beliau.

Bermula 2 November iaitu semalam Ummi membuka lembaran baru dalam kareanya sebagai seorang Pensyarah di tempat kerja yang baru iaitu Universiti Pertahanan (UPNM). Selamat bertugas di tempat baru semoga succes selalu. Pensyarah memang citi-cita Ummi sejak dulu jadi dengan mendapat tawaran dari UPNM ini maka tertunailah sudah cita2 ummi, sekalung tahniah buat ummi.