Halua Telinga

Latar Belakang Kampung Wang Tepus

Nama Dan Sejarah Tercipta Kampung Wang Tepus.

Wang di sini bukanlah bermaksud duit yang boleh dibelanjakan. Maksud wang adalah dalam bahasa siam iaitu kawasan tanah pamah yang dikelilingi oleh bukit.

Kawasan ini juga ditumbuhi oleh pokok paku pakis dan pokok-pokok balak sebelum di teroka. Di antara semua pokok dan paku pakis terdapat juga pokok tepus (sejenis spises lengkuas besar)di kawasan ini.. dan nama botani bagi pokok Tepus adalah Amomum spp.

Oleh kerana terdapat banyak pokok tepus di kawasan wang , maka setelah diteroka kemudian terus dinamakan kawasan ini wang tepus dan sehingga kini dikenali sebagai Kampung Wang Tepus..

Friday, March 13, 2009

Assalamualaikum semua...

Hari ini sudah genap seminggu aku tidak update blog ini al maklumlah banyak kerja nak buat jadi tertanggung seketika pasal blog ini. Di hari jumaat hari mulia ini aku sisipkan sedikit tazkirah yang dipetik daripada ceramah yang pernah disampaikan oleh Dato' Dr. Fazilah Kamsah iaitu berkenaan.


Surah Al-Fatihah kepada Ibubapa : Membuka Pintu Rezeki

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .." setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )"........nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari - Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

Wassalam.

Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita dengan surah Al-Fatihah. Mudah-mudahan kita mendapat munafaat dari apa yang disampaikan ini.