Halua Telinga

Latar Belakang Kampung Wang Tepus

Nama Dan Sejarah Tercipta Kampung Wang Tepus.

Wang di sini bukanlah bermaksud duit yang boleh dibelanjakan. Maksud wang adalah dalam bahasa siam iaitu kawasan tanah pamah yang dikelilingi oleh bukit.

Kawasan ini juga ditumbuhi oleh pokok paku pakis dan pokok-pokok balak sebelum di teroka. Di antara semua pokok dan paku pakis terdapat juga pokok tepus (sejenis spises lengkuas besar)di kawasan ini.. dan nama botani bagi pokok Tepus adalah Amomum spp.

Oleh kerana terdapat banyak pokok tepus di kawasan wang , maka setelah diteroka kemudian terus dinamakan kawasan ini wang tepus dan sehingga kini dikenali sebagai Kampung Wang Tepus..

Tuesday, February 23, 2010

Pernyataan Al Quran terhadap penyembuhan penyakit marah :

Insan bertaqwa berupaya menahan marah meskipun mendidih. Malah, sifat sabar menahan marah itu adalah di antara ciri ciri atau sifat sifat insan bertaqwa dinyatakan di dalam firman. Surah Ali-Imran di dalam ayat ke 134 tersebut di dalam Al Quran.


Surat Al-Imran Ayat 134

MAKSUDNYA:

Kekuatan hakiki sesorang itu tidak bergantung kepada kekuatan fizikal.
Orang yang benar benar kuat ialah mereka yang berupaya menahan diri mereka ketika marah.
Pernyataan Al Hadith mengenai penyembuhan penyakit marah :

Rasulullah SAW bersabda :

HADITH
MAKSUDNYA:

Sesiapa yang dapat menahan kemarahan padahal ia mampu untuk melaksanakannya, Allah akan memanggilnya di hadapan para makhluk sekelian pada hari qiamat sehingga Dia memilihkan bidadari buat orang itu menurut keinginannya . (Hadith ini dari riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah).

Penjelasan mengenai hadith ini melihat dari perspektif penyakit dapat dihuraikan begini. Antara pintu pintu utama untuk syaitan menembusi hati manusia umpama perisai seperti ungkapan oleh Muhammad Ibrahim Salim (1986: 33-34) ialah melalui sifat marah dan keinginan nafsu. Marah itu adalah hantu otak. Apabila akal menjadi lemah, syaitan akan menyerang.

Marah diransang oleh iblis dan syaitan. Ketika marah kita akan tidak sedar seluruhnya. Tidak tanduk yang kita lakukan seringkali terbabas. Bertindak melampaui batas seperti memukul orang, melakukan vandalisme, membuat bising, menjerit, memaki orang lain di hadapan umum. Tergelincir kerana hilang imbangan akal lantaran gangguan atau rasukan jin. Lojika itu nyata, marah itu sekam atau ransangan iblis dan syaitan.

Andainya, seseorang itu berupaya menguasai atau menyedarkan dirinya kembali ketika penyakit marah itu timbul, iaitu mengembalikan dirinya ke tahap biasa dan rileks, tidak membairkan syaitan menguasai dirinya, marah yang membuak tadi akan reda. Marah melibatkan ransangan syaitan padahal syaitan itu dijadikan daripada api, maka orang yang marah itu perlu MENGAMBIL WUDHU’ sebab, api akan padam dengan air.
Rasulullah SAW membaca A ’uzu billah apabila baginda marah seperti yang tersebut jelas dalam hadith berikut:

HADITH
MAKSUDNYA:
Adapun Nabi SAW ketika marah membaca A ’uzu billahi minassyaitan nir rajim
(Hadith ini riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Kemudian baca Doa:

MAKSUDNYA:
”Ya Allah, ampunilah dosaku, hilangkan rasa marah dalam hatiku dan peliharalah akan daku daripada godaan syaitan.”

Tersebut di dalam sebuah hadith daripada riwayat Aisyah radiallahu anhu ia berkata

HADITH
MAKSUDNYA:
Ketika Nabi SAW masuk ke rumahKu, aku sedang marah, maka ia memegang hujung hidungku lalu ia menariknya kemudian bersabda: Wahai Uwaisy bacalah: (iaitu doa yang diajari tadi).

Rasulullah SAW mengajar agar orang yang sedang marah yang berada di dalam keadaan berdiri aitu agar mengubah posisi duduk, andai tak berjaya ia hendaklah baring.

Rasulullah SAW ada bersabda di dalam Al Hadith:

HADITH
MAKSUDNYA:
Apabila salah seorang daripada kamu marah walhal ia dalam keadaan berdiri, maka ia hendaklah duduk, iaitu sekiranya marah itu hilang daripadanya, andainya tidak ia hendaklah baring. (Hadith sahih ini riwayat Ahmad dalam masnadnya).

(Info dipetik dari web: http://www.ahlussyifa.com.my)