Posted on the November 30th, 2012
under Agama,Luar Negara
by admin
MEKAH – Semalam pintu Kaabah di
Masjidil Haram dibuka untuk kerja-kerja pembersihan di dalamnya dan memberi
peluang kepada para pembesar, diplomat dan tetamu kerajaan Arab Saudi
memasukinya kira-kira pukul 11 pagi.
Kebiasaannya anggota kanan keluarga
diraja Arab Saudi dan agensi keagamaan bersama-sama mencapai penyapu dan kain
disirami air mawar untuk membersihkan bahagian dalam Kaabah, yang menjadi
kiblat umat Islam.
Kerja membersihkan Kaabah
selalunya diketuai gabenor Makkah, yang melakukannya bagi pihak Raja Arab
Saudi.
|
Upacara selalunya bermula sejurus
selepas solat Subuh, apabila anggota keluarga al-Shaybi yang menjadi penjaga
pintu Kaabah sejak berabad lalu mengeluarkan kunci struktur itu dari beg hijau.
Berkaki ayam dan berpakaian jubah
putih tradisi, golongan lelaki menamatkan majlis dengan mengelap tembok marmar
dan lantai bilik kecil itu dengan minyak wangi, menghidupkan semula tradisi
dimulakan Nabi Muhammad SAW lebih 1,400 tahun lalu.
Upacara itu, yang dijalankan dua
kali setahun, memberi peluang untuk menjenguk ke dalam struktur yang digelar
umat Islam sebagai pusat bumi itu.
Umat Islam menganggap Kaabah, yang
terletak di tengah Masjid Haram di Makkah sebagai kawasan paling suci dalam
Islam kerana Allah mencipta alam semesta dari tempat ia berada.
Kesucian tempat berkenaan memberikan
kepentingan khas kepada upacara membersihkannya.Ia dilakukan sebelum Ramadan
dan selepas sambutan Aidiladha.
Waktu lain Kaabah dibuka ialah
apabila pembesar Islam seperti ketua negara meluahkan hasrat memasukinya.
Saksikan juga dibawah ini klip solat
di Masjidil Haram yang diimamkan Sheikh khalid Ghamdi semalam.
kebesaran Allah SWT.