Halua Telinga

Latar Belakang Kampung Wang Tepus

Nama Dan Sejarah Tercipta Kampung Wang Tepus.

Wang di sini bukanlah bermaksud duit yang boleh dibelanjakan. Maksud wang adalah dalam bahasa siam iaitu kawasan tanah pamah yang dikelilingi oleh bukit.

Kawasan ini juga ditumbuhi oleh pokok paku pakis dan pokok-pokok balak sebelum di teroka. Di antara semua pokok dan paku pakis terdapat juga pokok tepus (sejenis spises lengkuas besar)di kawasan ini.. dan nama botani bagi pokok Tepus adalah Amomum spp.

Oleh kerana terdapat banyak pokok tepus di kawasan wang , maka setelah diteroka kemudian terus dinamakan kawasan ini wang tepus dan sehingga kini dikenali sebagai Kampung Wang Tepus..

Thursday, October 22, 2009

Sama-Samalah Kita Renung Dan Fikirkannya


GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.



MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

Monday, October 19, 2009

Happy Birthday Along & Angah

agak2.. apalah yang depa dok sembang kan....
Macam mana.. sedap tak kek yg Mak Long buat...

Siapa yang nak makan kek mai ambil sini... Ummi tolong potong..

Adik pun nak potong kek juga... tp belum sampai b'day adik lagi la... Mai sini Opah tolong..


Along dan Angah sedang memotong kek birthday meraka...

Makan sajalah jangan komen apa2 OK.. sedap ka tidak sedap ka.. diam saja.

Tu.. diaaa... depa dok mencekik... sedap kan.. kan..


Cukup ker nasi nie... nampak macam tak cukup jer.


Nasi ayam menjadi menu utama emmm.. sedappp.


Cantik kan kek ni... pandai Ummi buat, savelah sikit tak perlu tempah kat kedai.


Gambar Upin & Ipin atas kek


Kek ini di buat sendiri oleh ummi