Halua Telinga

Latar Belakang Kampung Wang Tepus

Nama Dan Sejarah Tercipta Kampung Wang Tepus.

Wang di sini bukanlah bermaksud duit yang boleh dibelanjakan. Maksud wang adalah dalam bahasa siam iaitu kawasan tanah pamah yang dikelilingi oleh bukit.

Kawasan ini juga ditumbuhi oleh pokok paku pakis dan pokok-pokok balak sebelum di teroka. Di antara semua pokok dan paku pakis terdapat juga pokok tepus (sejenis spises lengkuas besar)di kawasan ini.. dan nama botani bagi pokok Tepus adalah Amomum spp.

Oleh kerana terdapat banyak pokok tepus di kawasan wang , maka setelah diteroka kemudian terus dinamakan kawasan ini wang tepus dan sehingga kini dikenali sebagai Kampung Wang Tepus..

Saturday, August 8, 2009


GIVI BOX Kena Kebas.... Sedihhh.
Jika anda mempunya box pada motor berhati-hatilah dan jangan simpan barang berharga di dalamnya kerana pancuri tidak pernah kenal waktu maupun ketika dan suka menyusangkan orang lain tanpa belas kasihan. Nasihat ini lebih2 lagi aku tujukan kepada orang islam yang pergi solat jumaat di mana-masjid terutama sekali masjid Bandar Tun Razak kerana semalam box aku telah di curi semasa jamaah sedang solat jumaat di masjid tersebut.
Semalam sebelum ke kampus kat KL aku singgah solat jumaat di masjid Bandar Tun Razak seperti biasa didalam box itu aku akan simpan kasut kerja dan helmet dengan tukar pakai selipar setelah kunci motor pada roda depan dan belakang aku terus masuk ke masjid tanpa rasa curiga apa-apa. Setelah selesai solat dan buat solat hajat menghindar virus H1N1 aku bergegas mendapatkan motor kerana mengejar masa hendak ker kelas pada jam 2.30pm kat Kampus KL. Sampai kat motor aku dapati box Givi yang aku baru pasang di dapati hilang bersama2 dengan helmet, baju hujan dan juga kasut kerja yang ada di dalamnya. Aku cuba tanya orang2 yang ada dekat dengan motor aku samada meraka nampak atau tidak orang yang mengambil box aku dan meraka cakap tidak nampak jadi sahlah yang pencuri melakukan kerja mencuri pada waktu jemaah sedang solat jumaat.
Dalam sedih bercampur geram aku terpaksa berpatah balik ke rumah mak mertua aku yang tidak jauh dari masjid dan meminjam helmet adik ipar aku untuk ker kl dengan memakai selipar jepun sahaja. Walaupun begitu aku masih lagi bersyukur kerana nasib baik saja cuma box saja yang yang hilang kalau motor lagilah berat malangnya. Namun sebagai peringatan untuk aku dan semua orang kita perlulah berhati-hati dan pastikan parking motor di tempat yang selamat dan berdekatan dengan orang ramai untuk mengelak berlaku kecurian kerana pencuri memang tak mengira waktu dan ketika asalkan meraka ada peluang untuk mencuri terus di kebasnya.
Kalau nak dikira kerugian tu tidaklah banyak sangat tapi bagi orang yang kurang berada macam aku nie kira mahal jugalah tu. Box tu berharha rm80, baju hujan dalam rm30, kasut pakai kerja tu masa aku baru beli harga dia rm100 lebih gaklah tapi dah lama pakai dan dah buruk sikit agak2 kalau nak pencuri tu nak jual dalam rm20 atau rm15 laku lagi kot sebab kasut tu brand baik jugaklah lain tu cuma ada barang kecik2 seperti botol air yang tak seberapa harganya.
Kepada pencuri tu aku doa kan kepada Allah agar diberi hidayah dan keinsafan kepada dirinya dan janganlah mencuri kalau ya pun tak ada duit janganlah mencuri lebih2 lagi pada ketiga orang sibuk beribadat kenapa awak buat kerja jahat, banyak kerja lain boleh buat yang halal caranya.