Halua Telinga

Latar Belakang Kampung Wang Tepus

Nama Dan Sejarah Tercipta Kampung Wang Tepus.

Wang di sini bukanlah bermaksud duit yang boleh dibelanjakan. Maksud wang adalah dalam bahasa siam iaitu kawasan tanah pamah yang dikelilingi oleh bukit.

Kawasan ini juga ditumbuhi oleh pokok paku pakis dan pokok-pokok balak sebelum di teroka. Di antara semua pokok dan paku pakis terdapat juga pokok tepus (sejenis spises lengkuas besar)di kawasan ini.. dan nama botani bagi pokok Tepus adalah Amomum spp.

Oleh kerana terdapat banyak pokok tepus di kawasan wang , maka setelah diteroka kemudian terus dinamakan kawasan ini wang tepus dan sehingga kini dikenali sebagai Kampung Wang Tepus..

Wednesday, January 28, 2009

Hukum Isteri Meleteri Suami

Hukum Isteri Meleteri Suami

"Bang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca surat khabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu.

Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga. Sekurang-kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun.Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu.Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya." Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan. Aku bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang ! membuat anda menangis?" Baginda menjawab, "Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat."MENGHERDIK Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya." Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati.Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesay! angan Nabi Muhammad s. a. w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah. Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya. Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: "Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi?"Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah.

Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi i! steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekali gus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: "Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku."

** Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah.'...... Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami.

Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.....''Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.''Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta ''Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali''manakala ! isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

''Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif. 'SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOCIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan karena berfikir bahawa SUAMI misti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.

Dengan berbuat begitu, ISTERI berkenaan mengabaikan SUAMI yang berfungsi sebagai PEMEGANG AMANAH(nikah-isteri) yang disandang sejak AQAD-NIKAH yang telah diijab WALI-NIKAH(Atok, Bapak dsb)'Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati.

'Saya fikir TABIAT-ISTERI suka meleteri suami mistilah dihentikan demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

Wednesday, January 14, 2009

Boikot Barangan Yahudi & Amerika dan Sukutunya

Senarai Produk Yahudi/Amerika Yang Patut Kita Boikot - malaysiakini


1. Coca Cola2. Huggies3. River Island4. McDonalds5. Clinique6. Disney7. DKNY8. Starbucks9. GAP10. Garnier11. Perrier12. Kotex13. Sanex14. Lancome15. TCHIBO16. Revlon17. Loreal18. Vittel19. Wonderbra20. Kleenex
selebihnya klik sini. http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

Disini senarai barangan untuk diboikot ,tapi sejauh mana korang sanggup boikot? hanya kata yang keluar dari mulut manis korang atau korang sertakan dengan perbuatan?dulu masa kita kecoh2 boilot barangan belanda ramai yang cakap tapi tak buat maka tak guna juga berkokok tapi tak bertelur....!!!aku harap kalau tak dapat boikot semua,boikot separuh pun dah cukuplah...dari kita tak buat apa,nak suruh korang menderma aku tak yakin korang sanggup derma pada tabung DAKAP(Dana Kemanusiaan Palestin) tu, namun ape la kiranya kita boikot barang2 dari luar ni,masa ni la kita bantu dan beralih kepada barangan jenama tempatan kita...

Makanan
Syarikat Tasty Foods
Produk: Makanan Ringan
Jenama: Samba, Fun, Lays... dan sebagainya.

Syarikat Heinz
Produk: Puri Tomato, Ketchup, Sos Cili & Tomato... dan sebagainya.

Syarikat Lambert
Produk: Gula-gulaJenama: Chiclets, Adams, Clorets, Snack, Halls... dan sebagainya.

Syarikat Hosstess
Produk: Makanan Ringan & KekJenama: Twinkess, Hos Hos, Cup Cake... dan sebagainya.

Syarikat Cadbury
Produk: Coklat, Gula-gula, makanan ringan... dan sebagainya.

Syarikat Coca-cola
Produk: Minuman bergasJenama: Coca-cola, Fanta, Sprite, Pepsi, 7-up, Mountain Dew, Miranda... dan sebagainya.

Syarikat Hadaiq California Syarikat Rocky
Produk: Basbuosah, Jeli Om-Ali... dan sebagainya.

Syarikat Perrier-Vittel
Produk: Air Galian Barakah... dan sebagainya

Syarikat Nestle
Produk: Makanan Ringan, Minuman, Campuran MasakanJenama: Kit-kat, Perrier, Nescafe, Maggie, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffe Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (makanan haiwan-kucing), Croose & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, ButterFinger, MilkyBar, Frutips... dan sebagainya.

Syarikat Americana
Produk: Burger, Sausage, Ayam... dan sebagainya. Minyak Sayuran Rawabi, FernMakaroni Columbus, Hayo Chipsy Delta, SuperMarket Sainsburry Heiz
Edge Tesco Kedai Makan/RestoranMcDonalds Tikka Kentucky Fried Chicken (KFC) KantisArby's Pizza HutChicken TikkaParadise McBurger.

Alat Pencuci dan Kecantikan
Syarikat Procter & GambleProduk: Kesihatan, Syampu, SabunJenama: Head & Shoulders, Pert Plus, Pantene, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, Close Up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean... dan sebagainya.Syarikat PalmoliveProduk: Pencuci dan SabunJenama: Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy... dan sebagainya.Syarikat Johnson & JohnsonProduk:

Kesihatan dan Penjagaan Diri
Syarikat Johnson Produk: Pewangi dan Ubat Nyah SeranggaJenama: Raid, Glade... dan sebaginya. Syarikat Revlon Make-upSyarikat East In Sambel Syarikat Beverly Hills Syarikat Sitreen.

Bahan Tenaga Bateri Kenderaan
Milestone Bateri Kenderaan PowderBateri Kecil Energyzer, Duracell, Eveready... dan sebagainya.

Alatan Sukan
Nike Universal Power Paramount Youngers PakaianJean's Basic Kelvin KleinLevi's Basic Ralph Lauren

Alatan Pejabat
Syarikat Delta Egypt Parker SchifferPen SchifferHigher-

Alatan Komunikasi dan Teknologi Maklumat
Mac, IBM, Intel, Uracel, Nokia, Motorola, Digital.

Senarai Syarikat Yahudi dan barangan2nya
A) Delta Galil Industries Ltd
Marks & Spencers
Carrefour
DIM
Donna Karan / DKNY
Ralph Lauren
Calvin Klein (cK)
Hugo Boss

B) Coca-Cola
Coca-Cola
Dr Pepper
Fanta
Sprite
Sunkist
Schweppes

C) Estee Lauder
Aramis
Clinique
DKNY

D) L'OREAL
Giorgio Armani Perfumes
Lancome Paris
Maybelline
Ralph Lauren Perfumes

E) Kimberly Clark
KLEENEX facial tissues
KOTEX products
HUGGIES disposable baby products >

F) Nestle
Nescafé
Pure Life
Milkmaid
Nesquik
Maggi
Milkybar
KitKat
Smarties
Polo
Shreddies cereal
Frutips,
Felix - cat food
L'Oréal (important interest)

G) Johnson & Johnson
Baby Products >

H) SARA LEE
Champion - Men's and women's athletic apparel and men's underwear
Sara Lee Bakery
Ambi Pur - Air fresheners
Bali - Intimate apparel
Kiwi - Shoe care
Brylcreem - bodycare >

I) AOL Time Warner
AOL internet
Time magazine
Life magazine
Time-Life books, etc.
CNN
ICQ (internet chat program)

J) NOKIA
Nokia electronic products
- mobile phones, tvs.etc > >

K) News Corporation
20th Century Fox Films, Fox Kids, etc
National Geographical >

L) Intel > -------
Processors
- Celeron, Pentium, Itanium, etc
Motherboards, Chipsets, Adapters, Controllers, Network Products, Wireless
components,
Embeded Products, Software Development Tools.

M) COMPANY : McDonald's
McDonald's Restaurants >

N) Starbucks
Starbucks Coffee Stores (4,709 locations world-wide)
Starbuck coffee, chocolates, biscuits & ice-cream products

O) Timberland
Footwear: Hiking, Multi-Sport, Sandals, Casual, Office, Boots, PRO
Outwear: Leather Jackets, Waterproof Parka, Lightweight jackets
Clothing: Shirts, Polos, Sweaters, Sweat Shirts, T-Shirts, Pants, Shorts
Gear: Belts, Hats, Backpacks, Luggage, Socks, Sunglasses, Wallets, Watches

P) IBM
=================================================================
(1) Mohon semua umat Islam memboikot barangan Yahudi/Amerika seperti list di atas.

(2) Mohon semua umat Islam BERHENTI merokok !!! Rokok selain HARAM di sisi Islam, merosakkan kesihatan anda dan orang2 di sekeliling anda, dan pengeluar tembakau utama dunia Philip Morris adalah Yahudi !!!

(3) Mohon semua umat Islam melakukan sembahyang hajat di rumah setiap hari dan memohon doa agar Allah S.W.T menurunkan pertolongan kepada rakyat Lubnan & Palestin. Sesiapa yang kurang upaya melakukan Sembahyang Hajat di malam hari, boleh di lakukan pada bila2 masa...yang penting doakan untuk rakyat Lubnan & Palestin.

(4) Sesiapa yang tak pandai nak Solat Hajat, boleh juga Baca Surah Al-Fiil > setiap lepas Solat waktu dan berdoa untuk rakyat Lubnan & Palestin.

(5) Sesiapa yang ada kemudahan/kelapangan, tolong print atau sebarkan info. ini kepada sesiapa saja di sekeliling anda.