Halua Telinga

Latar Belakang Kampung Wang Tepus

Nama Dan Sejarah Tercipta Kampung Wang Tepus.

Wang di sini bukanlah bermaksud duit yang boleh dibelanjakan. Maksud wang adalah dalam bahasa siam iaitu kawasan tanah pamah yang dikelilingi oleh bukit.

Kawasan ini juga ditumbuhi oleh pokok paku pakis dan pokok-pokok balak sebelum di teroka. Di antara semua pokok dan paku pakis terdapat juga pokok tepus (sejenis spises lengkuas besar)di kawasan ini.. dan nama botani bagi pokok Tepus adalah Amomum spp.

Oleh kerana terdapat banyak pokok tepus di kawasan wang , maka setelah diteroka kemudian terus dinamakan kawasan ini wang tepus dan sehingga kini dikenali sebagai Kampung Wang Tepus..

Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa...

Semalam 21 Jun 2009 adalah Hari Bapa, Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan "Selamat Hari Bapa" kepada bapa2 dan kepada bapa2 yang telah pergi sedekahlah Al-Fatehah untuk aruah semua.

Bagi aku bila sampai hari bapa setiap tahun hanyalah sedekah Al-fatehah saja yang dapat aku sedekahkan kepada aruah bapa aku yang telah lama meninggalkan kami mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dari Allah swt...

Budi dan pengorbanan bapa dalam membesarkan anak-anak tidak terbalas oleh anak-anak malah tidak ternilai jasanya kepada kita. Aku masih ingat ketika aku kecil kehidupan kami begitu susah sekali dan bapa aku cumalah seorang penyelam pasir sungai. Setiap hari bapa akan pergi ke sungai dengan perahu menongkah arus sungai yang deras tidak kira panas mahu pun hujan semata2 untuk mengambil pasir dari dalam sungai dimuatkan ke dalam perahu dan di bawa ke darat untuk dijual kepada pemborong pasir. Demi untuk membesarkan anak-anak dan mencari rezeki untuk keluarga bapa sanggup meredah segala bahaya ketika berada di dalam sungai yang segala kemungkinan akan berlaku seperti boleh lemas dan dihanyutkan oleh arus sungai yang deras mahupun serangan buaya yang ada di dalam sungai.

Itu antara satu pengorbanan dan kesusahan yang seorang bapa dalam membesarkan anak tanpa memikirkan kesusahan yang beliau tanggung. Kini Aruah telah tiada beliau pergi sudah pergi meninggalkan kami sudah lama ketika usianya 50 tahun. Tetapi jasa dan pengorbanannya dalam membesarkan kami adik beradik tidak akan aku lupa sampai bila2.

Kini aku sebagai seorang bapa kepada anak2 aku sudah merasai bagaimana susahnya mendidik dan membesar anak2. Mendidik dan membesarkan anak2 bukanlah tugas mudah kerana memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi jika tidak akan berlakulah seperti kes2 penderaan dan anak2 terbiar dan sebagainya... hendak menjadi bapa yang baik juga bukanlah senang jika kita tidak belajar dan belajar untuk menjadi seorang bapa...

Saturday, June 20, 2009

Angah beransur baik...

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt kerana dimakbulkan doa semua dan setelah pergi berubat dengan ustaz Rashid salah seorang ahli pengubatan Darulsyifa keadaan angah beransur pulih. Jika sebelum ini dia susah hendak senyum dan tidak ceria tetapi mulai semalam perangai sudah berubah kepada dirinya yang sebenar...

Menurut cikgunya di sekolah agama dia sudah mahu bermain dengan kawan-kawan dan bercakap dengan elok dan boleh mengikuti kelas dengan baik... tidak seperti sebelum ini iaitu sejak dari hari buka sekolah hinggalah ker hari khamis dia asyik moyok saja dan menangis hendak balik... kalau tak balik pun asyik tanya cikgu jam pukul berapa... Begitu juga di sekolah kebangsaan keadaan sudah baik dari sebelum ini, dia sudah tidak lari meninggalkan kelas tidak berulang alik ker bilik kaunseling lagi sudah mhau bermain dengan kawan2. Ini satu perkembangan yang baik.

Menurut ustaz Rashid sebelum ini fikirannya terawang-awang kerana di kuasai oleh mahluk halus yang memasuki dirinya dimana telah membuat dia tidak dapat fokus kepada dirinya kerana gangguan mahluk itu. Dengan menggunakan bacaan ayat2 alquran mengikut perubatan islam maka alhamdulillah pada keesokannya dia terus berubah dan semangat dia hendak ke sekolah pun kembali ada malah malam tadi dia mengatakan hari nie dia hendak ke sekolah walaupun hari ini adalah hari tak sekolah...

Pagi semalam sehinggalah malam tadi dia asyik bergurau saja dengan adik baik di rumah maupun dalam kereta, walaupun adik dia buat macam2 kat dia tapi dia tidak marah... sebelum ini mana ada dia pedulikan adiknya... dia buat hal dia saja adik cuba bermain pun dia buat dek jer... Bila melihat perubahan pada dirinya malah semalam semasa jemput dia balik sekolah berlari riang datang kepada aku tidak dapat ku sembunyikan rasa gembira di dalam hati aku sampai aku hendak meloncat2 di depan sekolah tanda gembira tapi kerana aku masih boleh mengawal diri lagi hanya sekadar senyuman saja yang aku dapat lemparkan kepadanya bila menyambut dia datang dan angah bertanya pada ku "mengapa ayah senyum?" lalu aku kabarkan kebarkan kepada dia bahawa "ayah sudah dapat kembali anak ayah yang hilang beberapa hari lalu" tapi dia tidak paham dan aku pun tak memanjangkan ayat itu.

Hari ini semasa aku kejutkan dia bangun solat subuh tadi dengan senang dan tanpa ada rasa membantah terus bangun masuk ke bilik air dan mandi setrusnya bersolat. Syukur Alhamdulillah kerana dengan kuasaNya telah telah mengembalikan anak ku kepada dirinya yang sebenar namun begitu dia masih lagi dalam proses pemulihan, insyallah semuanya akan kembali pulih nanti..

Wednesday, June 17, 2009

Buat Hal Lagi...

Hari ini hari rabu bermakna sudah tiga hari persekolahan berjalan di penggal baru ini dan aku harap hari ini angah tidak buat hal lagi moga2 dia oklah dan ceria, riang, gembira dan bersemangat untuk ke sekolah seperti dulu...doa2 kanlah dia baik hari ini dan hari2 seterusnya...

Semalam dia buat hal lagi, pagi pergi sekolah agama dia balik sebelum sampai waktu balik walaupun dia balik tidak seperti hari pertama dimana dia lari balik begitu saja tetapi semalam guru hantar dia balik selepas dia beri alasan sakit perut. Cikgunya terpaksa hantar dia balik kerana dia tak duduk dalam kelas asyik berada di luar kelas saja...

Petangnya sekolah kebangsaan juga sama masalahnya, aku pergi hantar ke sekolah dia terus pergi jumpa cikgu kelasnya dan beritahu cikgunya nak mula sekolah esok dia naka balik dulu hari nie... siap dia merayu pada cikgunya nak mula sekolah esok... aduss penin kepala di buatnya, bila ditanya apa sebab nak mula esok dia tetap berkata nak mula esok juga... ya tak ya aku terpaksa tinggalkan dia bersama cikgunya juga di sekolah dan aku terus balik ke tempat kerja.

Semasa d pejabat aku mendapat panggilan dari guru kelas angah yang mengatakan angah tetap tidak masuk kelas dan dia duduk didalam bilik kaunseling dan merayu nak balik dan aku sempat bercakap dengannya dan menasihatnya tunggulah sehingga habis waktu sekolah baru boleh balik. Petangnya bila aku pergi handak menjemput dia balik guru kelasnya beritahu angah memang tak masuk kelas sampai petang dan dia duduk di bilik guru bersama2 dengan guru...

Ntahlah... aku pun tak tahu apa yang telah terjadi kepada angah hinggakan begitu sekali perangainya berubah... bila di tanya bengapa dia jadi begitu dia cakap tidak apa2... tapi bila suruh pergi kelas tak mahu... dia tetap berkata nak mula kelas esok...

Dia sebenarnya budak yang baik tak pernah buat masalah samada di sekolah ataupun dirumah, seorang yang ramah, suka berceloteh, petah bercakap dengan suaranya yang nyaring.... tetapi sejak buka sekolah nie dia jadi pendiam, muka takut2 kalau pandang muka orang semacam saja... dan itu membuat kami semua risau dengan keadaanya. Aku berdoa kepada Allah agar perkara ini tidaklah berterusan....

Pagi ini dalam perjalanan ke pejabat tadi aku sempat singgah melihat dia di sekolah sekejap melihat keadaannya...aku lihat angah lain sedikit dari semalam... wajahnya kembali ceria dan sedikit bersemangat dan mahu masuk kelas tetapi pensil box dia hilang semalam kat sekolah dan mencacatkan sedikit semangat dia namun begitu aku cuba menyakinkan dia balik dengan membeli alat tulis yang baru dengan pensil tekan2 pilihan dia sendiri... di harap akan berterusanlah semangat dia hari hingga ke sekolah kebangsaan petang nanti.

Aku dan ibunya buntu jadinya bila memikirkan hal angah nie... Walau bagaimana pun kaedah perubatan secara tradisional tetap kami usahakan agar semangatnya kembali pulih dan meneruskan persekolahan seperti biasa..

Monday, June 15, 2009

Sekolah Buka Kembali...

Hari ini adalah hari pertama sekolah setelah sekolah bercuti dua minggu, ada budak sekolah datang sekolah dengan semangat baru dan tidak kurang juga liat hendak ke sekolah semua setelah seronok bermain tanpa ingat pasal kerja sekolah, baca buku dan hal2 pasal sekolah.

Begitu juga angah setelah bercuti lebih tiga minggu kerana dia masuk hospital sebelum sekolah mula cuti hari tu... hari ini dia jadi malas hendak ke sekolah taidak tahulah kenapa sama ada dia rasa takut atau kerana malu... tapi ragam dia hari nie cukup menguji kesabaran aku dan umminya... entah apahal dia buat alasan tidak mahu kesekolah pulak hari nie.

Patutlah sehari dua sebelum sekolah buka ni... lain macam saja tengok perangai dia, muka monyok, banyak tidur, perut sakitlah ada saja masalah dia... Hari ini terpaksalah aku bawa dia pergi sekolah dan bawa dia jumpa guru dia dan alhamdulillah barulah dia boleh masuk kelas tetapi muka nya tetap monyok tanda proteslah tu....

baru sebentar tadi aku dapat call dari ummi dia mengatakan angah sudah lari balik rumah lebih awal dari waktu sepatutnya... adusss penin dengan perangai budak nie. Aku risau tengahari kejap lagi kut dia buat hal tak nak pergi sekolah kebangsaan pulak parah... apa2 pun aku doakan dia tak buathal lah lagi petang nie.. penat opah dia nanti.

Hai... angah.. angah... ini lah ragam anak2 yang terpaksa mak ayah tempuhi, di harap tidaklah berterusan begini lagi.

Wednesday, June 3, 2009

Balik Kampung

Bila sampai saja musim cuti sekolah trend balik kampung akan menjadi satu kemestian bagi perantau ataupun warga kota yang masih ada sedara mara atau pun ibubapa di kampung. Begitu juga tidak ketinggalan bagi aku dan anak-anak aku... malah anak2 aku bila di tanya sebulan yang lalu pada musim cuti sekolah ini hendak balik kampung atau hendak pergi bercuti ke lain-lain tempat. Tanpa mengambil masa yang panjang terus mereka buat keputusan hendak balik kampung ayah.

Bagi anak2 aku saat balik kampung cukup menggembirakan bagi mereka malah beberapa hari belum cuti pun meraka asyik bertanya bilakah hendak balik kampung, siang atau malam kah kita nak balik kampung boleh dikatakan saban hari mereka bertanya walaupun sudah diberitahu pun mereka masih lagi bertanya hendakkan kepastian samada jadi atau tidak hendak balik. Kalau lah dikatakan tidak jadi balik dah tentu perasaan kecewa akan dapat di lihat pada wajah mereka tidak dapat aku bayangkan. Pada mereka bila dapat balik kampung adalah sesuatu yang istimewa dimana mereka boleh dapat di kota ini yang penuh dengan kesesakkan jalanraya dan sebagainya.

Di kampung suasanya cukup aman, damai, sejuk dan indah permandangan dengan kehijauan pokok2 yang hidup segar tanpa diusik oleh tangan2 ganas manusia yang inginkan kekayaan dunia. Permandangan sawah padi yang menguning menunggu masa untuk di tuai cuklup indah. Aku teringat masa aku kecik2 dulu bila padi sudah selesai di potong inilah masanya untuk bermain wau atau pun layang dan juga bermain serunai batang padi kalau musim mengala sawah pula selalu aku ikut belakang teraktor serkap ikan dari padi sampai petang. Itulah zaman aku kecik2 dulu tetapi anak2 aku tidak merasai semua itu kerana mereka hidup di kotaraya kuala lumpur mereka tidak kenal apa itu lumpur, mandi caruk, serkap ikan, tahan bubu, sauk akan karin, tahan taut dan sebagainya.

Insyallah malam nie selepas solat isyak aku dan isteri serta anak2 aku akan bertolak balik ke kampung di kedah sudah tentulah yang paling gembira anak2 aku kerana inilah saat dan ketika yang mereka tunggu. Tidak sabar meraka hendak berjumpa dengan sedara mara di kampung lebih2 lagi Tok, Mak Long, Mak Ngah, abang2 dan kakak2 sepupu mereka di kampung. Begitu juga sedara mara di kampung sentiasa menunggu kami balik malah mereka selalu talipon talipon bertanya bila hendak balik kampung.

Di musim cuti sekolah ini banyaklah orang mengambil kesempatan mengadakan majlis walimatulurus. Jadi Kak Long aku juga tidak terlepas juga mengambil peluang di musim cuti ini untuk mengadakan majlis kawin anak lelakinya. Di samping balik kampung dapat juga kami menjamu selera kampung di majlis kenduri itu nanti. Mudah-an kami sampai ke kekampung dengan selamat insyaallah.

Monday, June 1, 2009






Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kesihatan angah kembali pulih walaupun belum sepenuhnya tetapi boleh dikatakan 99.9% sudah baik. Angah sudah di benarkan pulang setelah hampir 5 hari terlantar di hospital.


Walaupun sudah balik rumah tetapi perlu meneruskan memakan ubat2 yang dibekal kan oleh doktor untuk mempastikan kesihatannya betul2 pulih seperti sedia kala. Biarpun ada sesetengah orang berkata penyakit asma sukar untuk baik dan ia akan dibawa ke tua tetapi dengan berkat doa dan mungkin dengan izin Allah penyakitnya akan sembuh sepenuhnya. Umurnya masih muda dan harapan untuk sembuh masih ada asalkan kita betul2 menjaga makan minumnya dan ikut sedikit pantang larang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dimakan dan istiqamah mengambil ubat-ubatan secara betul insyallah dia akan sembuh... Amin.