Bercuti Di Negeri Melaka
Salam semua...
Semasa cuti sekolah bulan disember 2009 baru2 nie ana bawa anak bini pi jalan2 kat negeri Hang Tuah iaitu di Melaka selama 3 hari dua malam... kalau nak di ikutkan nak jalan2 kat melaka nie tak cukup 3 hari dua malam tu kerana banyak tempat yang kita boleh ronda2. Lagi pula masa ana pergi tu musim hujan jadi susah hendak jalan dan ronda2.
Menyusuri sungai melaka dengan menaiki Melaka River cruise. Naik boat nie menariknya pada waktu malam kerana boleh tengok pemandangan lampu2 di sekitar sungai melaka ini tepi oleh kerana pada hari sebelum nie hujan lebat sangat hinggakan paras air sungat naik tinggi jadi Melaka River cruise ti di tutup.
Berteduh dari hujan di dalam kubu A'Famosa sambil memerhati org bukan islam membaling syiling ke dalam perigi kat dlm kota tu..
Biar pun hujan turun lebat ada mulanya bila keadaan reda kami teruskan mendaki ke Bukit St. Paul, yang merupakan tapak asal Kubu Portugis, iaitu A'Famosa, dan Gereja St. Paul.
Berdekatan dengan Bukit St. Paul terdapat Menara Taming Sari jadi inilah gambar yang di ambil dari atas menara...
Negeri melaka terkenal sebagai negeri yang banyak muzium jadi kalau pergi tu jagan lupa melawat muzium2 ini. Antara yang sempat kami lawat ialah muzium TLDM yang mana banyak mempamirkan peralatan lama TLDM.




Kalau pergi ke melaka tak lengkap jika tidak merasai masakan orang melaka jadi kami pun pi pekena ikan bakar dekat medan ikan bakar umbai, melaka. Ummm.. besttt..

Kanak-kanak memang suka melihat binatang jadi kami pun pergi jalan2 ke zoo melaka.
Diantara rumah2 tradisional masyarakat malaysia seperti rumah Kedah, rumah selangor. rumah negeri sembilan dan lain2.






