Halua Telinga

Latar Belakang Kampung Wang Tepus

Nama Dan Sejarah Tercipta Kampung Wang Tepus.

Wang di sini bukanlah bermaksud duit yang boleh dibelanjakan. Maksud wang adalah dalam bahasa siam iaitu kawasan tanah pamah yang dikelilingi oleh bukit.

Kawasan ini juga ditumbuhi oleh pokok paku pakis dan pokok-pokok balak sebelum di teroka. Di antara semua pokok dan paku pakis terdapat juga pokok tepus (sejenis spises lengkuas besar)di kawasan ini.. dan nama botani bagi pokok Tepus adalah Amomum spp.

Oleh kerana terdapat banyak pokok tepus di kawasan wang , maka setelah diteroka kemudian terus dinamakan kawasan ini wang tepus dan sehingga kini dikenali sebagai Kampung Wang Tepus..

Saturday, April 26, 2008

Pengakuan Chef hotel 5 bintang

http://www.photoblo%20g.com/pinkturtle%20/2008/04/%2026/


Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.
Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.
Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.
Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?
Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.
Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita...
Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.
Selain daripada Arak , ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.
Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakanuntuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh . Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....
Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.
Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.
Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalam an daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.
Menerusi email: DeenOrc

Thursday, April 24, 2008

Jalan-Jalan D' Langkawi


tengah pujuk si kecik nak nangis...


mak dan abah sedang naik kapal terbang

Ni masa nak tebang balik KL

Gambar nie kat rumah Mahsuri..

Gambar kat Dataran Lang..







Sedang makan cendol pulut dengan laksa power kat tepi airport langkawi.. sambil menikmati permandangan indah di tepi pantai...




tak nampak pun gambar pengguin...


aik... naik kuda apa lak tu... dik..


naik kereta kabel.. ooo... takut.
satu pengalaman yang indah walaupun meyeramkan....

tengok angah relex saja duduk atas opah dia..

aii.. budak kecik orang nak makan apasal lak awak duduk atas meja...

tengok tu buat muka selamba lak dia..

Dok tunggu nak naik kapal terbang... kat airport KLIA

Monday, April 21, 2008

Kisah Kampung ku...dulu

Di sinilah tempat aku di beranakkan dari perut mak aku setelah sembilan bulan lebih dia dok bawa aku ke hulu ke hiliaq dalam perut dia. Aku di beranakkan dengan mengunakan kepakaran bidan kampung yang terkenal di kampungku pada masa itu kalau tak salah aku nama dia Tok Wa Diah kot... boleh dikatakan kebanyakan org kampung aku pada zaman tu menggunakan kepakaran dialah... jarang orang kampung aku pada zaman tu nak beranak pi spital maklumlah spital jauh dan tu kemudahan pengangkutan bukan macam la nie boleh dikatakan setiap rumah ada kereta paling tidak pun motor kris... pada zaman aku kecik2 bas mara lah satu2 pengangkutan utama itu pun 2 jam sekali... orng kampung aku kalau kaya pun masa tu cuma pakai motor saja..

Kalau nak bandingkan kampung aku nie antara dulu dengan la nie memang banyak bezaanlah... kampung aku nie dulu sejak aku ingatlah, ada sebuah sekolah rendah iaitu sekolah kebangsaan lubuk batu aku tak tau macam mana boleh dapat nama macamtu... tapi la nie dah tukaq nama lain iaitu sekolah kebangsaan penghulu hj Darus sempena nama tok penghulu kampung aku dulu. Di sekolah nie nie lah aku mula kenai ABC belajar dari darjah satu sampailah darjah enam, walaupun namanya tak segah sekolah di bandar tapi aku tetap bangga dapat belajar di situ. Selain sekolah di sini juga ada sebuah pondok polis yang terdapat dua orang anggota bertugas di sini pada dua anggota polis nielah orang kampung mengharap menjaga keamanan disini di samping bantuan dari JKK dan juga anggota Rela. Di samping tu ada sebuah masjid dan sebuah balairaya untuk dijadikan tempat orang berkumpul dalam satu2 majlis.

Pada masa aku kecik2 tidak ada apa sangat kemudahan asas di sini... letrik tak ada penduduk masih menggunakan pelita minyak tanah,, air paip pun tak ada yang mana kami menjadikan air sungai dan telaga sebagai sumber air minum dan mandi dan sebagainya.... jalan raya masih lagi jalan tanah merah belum lagi bertar kalau penduduk hendak ke pekan yang terdekat iaitu pekan tanah merah yang terletak kira-kira 10km dan pekan jitra kira-kira 12km dengan melalui jalan tanah merah tersebut. Penduduk kampung kebanyakan berkerja sebagai petani terlalu sedikit yang makan gaji dengan kerajaan. Penduduknya boleh dikatakan 99% adalah melayu hanya satu dua keluarga saja bangsa cina.
Itulah seber sedikit cerita pasai kampungku zaman aku kecik2 dan nanti aku sambung lagi cerita kampung ni sampai keadaan la nie yang banyak berlaku perubahan yang cukup berbeza...

Thursday, April 17, 2008

Kampungku

Aku tak pasti sejak bila kampung ku ini wujud dan siapa pengasasnya tetapi sepanjang pengetahuan aku ianya telah lama terpahat namanya di bumi malaysia ini mungkin sudah berpuluh-puluh tahun atau beratus-ratus tahun dahulu segalanya mungkin. Kenapa ia dinamakan kampung wang tepus kenapa tidak dinamakan wang emas ker wang perak ker... kan sedap bunyinya atau lebih popular lagi... Begini kisahnya, Wang disini bukan lah bermaksudnya duit (ringgit) tetapi wang disini ialah bermaksud satu lembah atau lurah, mengikut faktor geografi kampung ini dikelilinggi bukit bukau dan di celah-celah bukit itu wujudlah lembah atau lurah-lurah yang dinamakan 'wang' itu. Manakala 'tepus' pula diambil sempena dengan nama sejenis pokok iaitu pokok tepus yang mana pokok ini spesis seperti pokok kantan jugak, pokok ini biasanya banyak terdapat di kawasan lembah-lembah dan lurah bukit. Jadi mungkin di kampung ini banyak terdapat pokok tepus ini maka dengan itu terhasillah nama "Kampung Wang Tepus" kampungku.