Halua Telinga
Latar Belakang Kampung Wang Tepus
Nama Dan Sejarah Tercipta Kampung Wang Tepus.
Wang di sini bukanlah bermaksud duit yang boleh dibelanjakan. Maksud wang adalah dalam bahasa siam iaitu kawasan tanah pamah yang dikelilingi oleh bukit.
Kawasan ini juga ditumbuhi oleh pokok paku pakis dan pokok-pokok balak sebelum di teroka. Di antara semua pokok dan paku pakis terdapat juga pokok tepus (sejenis spises lengkuas besar)di kawasan ini.. dan nama botani bagi pokok Tepus adalah Amomum spp.
Oleh kerana terdapat banyak pokok tepus di kawasan wang , maka setelah diteroka kemudian terus dinamakan kawasan ini wang tepus dan sehingga kini dikenali sebagai Kampung Wang Tepus..

Thursday, April 4, 2013
Wednesday, January 23, 2013
AL-FATEHAH BUAT GURU
AL-FATEHAH BUAT GURUKU ALLAHYARHAM HAJI ISMAIL BIN HJ ZAKARIA YANG TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH PADA 21 JANUARI 2013 BERSAMAAN 11 RABIUL AWAL 1434 HIJRAH. SEMOGA ROH ALLAHYARHAM DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH, AMIN. GURU JASA DAN TUNJUKAN AJAR MU AKAN KAMI KENANG HINGGA KE AKHIR HAYAT KAMI DAN PERJUANGAN MU AKAN KAMI TERUSKAN.
Friday, November 30, 2012
Saat Pintu Kaabah Dibuka
Posted on the November 30th, 2012
under Agama,Luar Negara
by admin
MEKAH – Semalam pintu Kaabah di
Masjidil Haram dibuka untuk kerja-kerja pembersihan di dalamnya dan memberi
peluang kepada para pembesar, diplomat dan tetamu kerajaan Arab Saudi
memasukinya kira-kira pukul 11 pagi.
Kebiasaannya anggota kanan keluarga
diraja Arab Saudi dan agensi keagamaan bersama-sama mencapai penyapu dan kain
disirami air mawar untuk membersihkan bahagian dalam Kaabah, yang menjadi
kiblat umat Islam.
Kerja membersihkan Kaabah
selalunya diketuai gabenor Makkah, yang melakukannya bagi pihak Raja Arab
Saudi.
|
Upacara selalunya bermula sejurus
selepas solat Subuh, apabila anggota keluarga al-Shaybi yang menjadi penjaga
pintu Kaabah sejak berabad lalu mengeluarkan kunci struktur itu dari beg hijau.
Berkaki ayam dan berpakaian jubah
putih tradisi, golongan lelaki menamatkan majlis dengan mengelap tembok marmar
dan lantai bilik kecil itu dengan minyak wangi, menghidupkan semula tradisi
dimulakan Nabi Muhammad SAW lebih 1,400 tahun lalu.
Upacara itu, yang dijalankan dua
kali setahun, memberi peluang untuk menjenguk ke dalam struktur yang digelar
umat Islam sebagai pusat bumi itu.
Umat Islam menganggap Kaabah, yang
terletak di tengah Masjid Haram di Makkah sebagai kawasan paling suci dalam
Islam kerana Allah mencipta alam semesta dari tempat ia berada.
Kesucian tempat berkenaan memberikan
kepentingan khas kepada upacara membersihkannya.Ia dilakukan sebelum Ramadan
dan selepas sambutan Aidiladha.
Waktu lain Kaabah dibuka ialah
apabila pembesar Islam seperti ketua negara meluahkan hasrat memasukinya.
Saksikan juga dibawah ini klip solat
di Masjidil Haram yang diimamkan Sheikh khalid Ghamdi semalam.
kebesaran Allah SWT.
Tuesday, April 17, 2012
Kumpulan nobat berusia 400 tahun warnai istiadat pertabalan
6 April 2012
KUALA LUMPUR - Kumpulan Nobat Diraja Kedah, kumpulan nobat tertua di
negara ini yang ditubuhkan 400 tahun lalu, akan memainkan peranan
penting sekali lagi dalam istiadat pertabalan Tuanku Abdul
Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 11 April
ini.
Kali terakhir kumpulan ini mewarnai istiadat pertabalan Yang
di-Pertuan Agong ialah pada 25 April 2002 semasa Raja Perlis Tuanku Syed
Sirajuddin Syed Putra Jamalullail ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan
Agong ke-12 di Balairong Seri, Istana Negara yang lama.
Bagi Ketua Nobat Diraja Kedah, Mohd Nazri Omar, 50, pertabalan Yang di-Pertuan Agong kali ini lebih bermakna buatnya bukan sahaja kerana Sultan Kedah melakar sejarah sebagai satu-satunya Raja Melayu yang ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua, tetapi juga buat pertama kalinya anak

beliau, Mohd Syazwan Mohd Nazri, 22, akan turut bersamanya membuat persembahan.
Mohd Syazwan, anggota termuda dalam kumpulan itu adalah pemain serunai, yang merupakan satu daripada enam peralatan kumpulan Nobat Diraja Kedah. Peralatan yang lain adalah nahara (dua buah gendang kecil), gendang ibu dan gendang anak berukuran sederhana, nafiri (trumpet perak berukuran 83.8

sentimeter panjang) dan sebuah gong.
Mohd Nazri, yang mewarisi jawatan Ketua Nobat sejak lima tahun
lepas daripada seorang saudaranya, berkata kumpulan Nobat Diraja Kedah
yang ada sekarang ini terdiri ahli keluarga anggota asal kumpulan yang
ditubuhkan 400 tahun lalu.
Katanya nobat hanya boleh dipersembahkan oleh ahli keluarga asal pemain
enam jenis alat muzik yang digelar orang Nobat dan diwariskan secara
turun temurun kepada ahli keluarga masing-masing.
"Orang biasa ataupun orang luar ditegah sama sekali menyentuh alat-alat nobat ini, apa lagi memainkannya. Saya sendiri mewarisi pekerjaan ini daripada ayah saya, dan kini anak saya turut terlibat dalam kumpulan ini," katanya.
Mohd Nazri yakin warisan muzik kebesaran Diraja Kedah itu, walaupun hanya sebilangan orang yang memainkannya, tidak akan luput ditelan zaman.
"Pihak istana iaitu dari Jabatan Alat Muzik Kebesaran Diraja sangat mengambil berat serta sering memantau perkembangan kumpulan nobat Kedah ini kerana ianya merupakan lambang kebesaran raja-raja negeri Kedah," katanya.

Bagi Mohd Syazwan pula, minatnya terhadap nobat bermula apabila
sering dibawa bapanya setiap kali membuat persembahan, selain mengikuti
bapanya berlatih di Balai Nobat yang terletak di Masjid Zahir, Alor
Setar.
"Dari situ minat itu timbul dan ayah juga sentiasa menurunkan ilmu dan kemahirannya dalam bermain serunai dan sehingga kini saya sudah mahir memainkannya," katanya.
Pemain alat muzik gendang ibu, Ismail Abdullah, 55, menyifatkan muzik nobat Kedah memberikan semangat luar biasa setiap kali dimainkan.
Ismail, yang mewarisi kemahiran bermain alat itu daripada datuknya, melahirkan rasa teruja kerana turut terlibat dalam upacara pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 kali ini setelah kali terakhir bermain nobat pada Yang di-Pertuan Agong ke-12, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Pada istiadat pertabalan kali ini, kumpulan nobat akan memainkan lagu "Belayar" bagi mengiringi keberangkatan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ke Balairong Seri untuk istiadat pertabalan serta berangkat pulang.

Mereka akan memainkan lagi "Palu" bagi mengiringi Alat-alat Kebesaran
Diraja memasuki ke Balairong Seri dan lagu "Perang" semasa Tuanku Abdul
Halim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong. Anggota kumpulan itu
akan memakai Baju Melayu hitam bersampin dan bertengkolok serta "Baju
Sikap".
Mohd Nazri akan membawa tepak sireh dan juga "Tongkat Cokmar Diraja" iaitu tongkat rotan panjang berbalut baldu. Empat belas anggota kumpulan itu yang berasal dari beberapa kampung di Kedah seperti Alor Gandak, Tajar, Hutan Kampung, Kota Sarang Semut dan Kuala Nerang telah berada di Kuala Lumpur sejak Selasa lepas untuk menjalani latihan di Istana Negara.

Selain bermain nobat, kebanyakan mereka adalah petani.
Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof berkata nobat di negeri itu diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Jiwa II setelah baginda menyaksikan satu persembahan di India ketika baginda berada di sana untuk menuntut ilmu agama.
Sultan Kedah ke-19 itu dipercayai satu-satunya Sultan yang belayar ke luar negara untuk belajar agama. Baginda merupakan putera sulung telah belayar ke Palembang dan berguru dengan ulama dari Yaman.
Selepas itu baginda dan ulama itu belayar ke India untuk mengajar agama dan dikatakan di sanalah baginda melihat persembahan nobat.
Menurut Wan Shamsuddin, ada pendapat berkata perkataan nobat yang berasal daripada bahasa Parsi iaitu nau-bat bermaksud alat muzik atau pancaragam istana, sembilan lagu atau sembilan jenis bunyian.
Nobat merupakan khazanah budaya yang sangat berharga, justeru peralatannya disimpan di tempat khas dikenali Balai Nobat yang dijaga serta dikawal. Ia terletak di tengah bandar raya Alor Setar.
"Ketika mula dibina dulu Balai Nobat diperbuat daripada kayu dan beratap zink sehinggalah pemerintahan Sultan Abdul Hamid yang dikenali sebagai 'bapa pembangunan negeri' pada 1912, ia diganti dengan batu.
"Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid, nobat dimainkan setiap hari setiap kali masuk waktu solat, kemudian pada zaman Sultan Badlishah ia hanya dimainkan waktu tertentu seperti pertabalan, kemangkatan dan perkahwinan diraja, dan ini diamalkan sehingga pemerintahan Sultan Abdul Halim hari ini," katanya.
Menurut Wan Shamsudin, nobat juga pernah dimainkan untuk
menyambut keberangkatan Raja Siam, Raja Chulalongkorn ke negeri ini
sekitar 1890-an. - Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)